Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 June, 2010

RMK10 - ketua kaum diminta beri imput kepada wakil rakyat

Mugshot: MASIR KUJAT

SRI AMAN, Jumaat (11 Jun) – Ketua Kaum harus mengambil peluang terhadap perlaksanaan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) sepertimana yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kelmarin.

Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat berkata Ketua Kaum seperti Tuai Rumah boleh mengambil peluang ini dengan memberi input terhadap wakil rakyat masing-masing agar isu pembangunan mereka dapat diperdebatkan di Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri selepas ini.

“RMK10 mensasarkan peruntukan sangat besar bagi tujuan pembangunan untuk kawasan luar bandar dalam negeri Sarawak yang mencakupi kemudahan infrastruktur, pendidikan dan perhubungan awam.

“Justeru atas sebab ini Ketua Kaum khusus sekali di kawasan Parlimen Sri Aman diminta untuk memberi input terhadap saya agar isu pembangunan mereka dapat diketengahkan ke parlimen kelak,” katanya ketika diminta untuk mengulas mengenai pembentangan RMK10 berkenaan kelmarin.

Selain itu Masir yang bakal menghadiri sesi persidangan parlimen pada hari Isnin ini nanti berkata akan membentangkan beberapa isu penting yang berkaitrapat dengan kemudahan infrustruktur asas dan pendidikan dalam penduduk Sri Aman.

Beliau pada persidangan itu nanti akan mendebatkan beberapa isu yang memberi fokus terhadap hal ehwal penyediaan kemudahan Bekalan Elektrik Luar Bandar (RES), bekalan air bersih, jalan raya dan sekolah di kawasan Parlimen Sri Aman.

“Saya telah memberi keutamaan penting terhadap masalah kawasan penduduk yang masih dihubungi dengan jalan raya berbatu dan tanah seperti di Ulu Pantu, Simunjan sehingga ke Balai Ringin.

“Projek RES dan bekalan air bersih juga akan diberi keutamaan penting pada debat ini kelak. Saya akan cuba mendapat lebih banyak peruntukan bagi tujuan penyediaan menyediakan kemudahan RES yang luas disamping bercadang untuk membina loji bekalan air untuk penduduk selepas ini (di Sri Aman),” katanya.

Justeru Masir meminta kerjasama daripada semua penduduk khasnya Ketua Kaum dalam kawasan Parlimen Sri Aman untuk sama-sama menjayakan perlaksanaan RMK10 dalam penggal lima tahun ini nanti.

Tamat.

2 comments:

  1. ,,Kepada ynang berkenaan ,yb or manteri di area daearah simunjan. minta di percepatkan bekalan api letrik jalan simunjan,yang sekarang ini,terbantut sehingga jalan simpang punda,banyak rumah belum ade api letrik dan air itu adalah kemudahan asas ,,hari-hari mandi sungai..kawan dah setengah abad mandi sungai,gelap tiada api letrik,minta bantuan kepada yang berkenaan,,.anak jati kampung mawang ,,,

    ReplyDelete
  2. kepada yang berkenaan ,.
    tolong pantau projek api letrik kat kampung mawang,.sampai sekarang belum ade lagi perubahan,.demi perubahan ,,kerja-kerja cabel letrik tak siap sepenuhnye,.para penduduk kampung mawang ,mengharapkan dari tuan -tuan yang berkenaan turun padang lihat dan tengok sendiri,,apa sudah jadi,..pada projek yang sudah terbengkalai begitu sahaja,.terima kasih ,,sila ambil perhatian,..runguttan dari penduduk mawang.

    ReplyDelete