Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 June, 2010

RM70 juta untuk bangunkan kawasan Saribas - Wahbi


Caption: BERSAMA SI ANGGUN...Wahbi (tengah) ketika bergambar kenangan bersama Jelitawan Kumang di Rumah Senggalang pada majlis itu.

DEBAK, Ahad (6 Jun) – Sejumlah RM70 juta diperuntukan bagi tujuan pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Saribas demikian menurut wakil rakyatnya Dr Haji Wahbi bin Junaidi.

Peruntukan terbabit menurut beliau adalah bagi tujuan mengemaskini, memperbaiki sistem infrastruktur (jalan), bekalan air bersih, memperbaiki struktur bangunan sekolah yang dikenalpasti sudah uzur dan kebajikan penduduk miskin .

“Selain itu juga turut diberi penekanan menerusi peruntukan ini adalah usaha menaiktaraf jalan yang menghubungkan Bandar Betong ke kawasan Kampung Tanjung Assam dan Jalan Tui - Manggut.

“Semua projek itu dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2012 ini. Justeru ia berita gembira buat penduduk kawasan Saribas yang ingin menikmati taraf pembangunan lebih baik selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kunjungan Perayaan Gawai Dayak 2010 ke Rumah Panjang Penunus, Rumah Entawa Lakis, Rumah Senggalang dan Rumah Jerai di Debak, Betong baru-baru ini.

Selain itu Wahbi juga menasihatkan penduduk rumah panjang agar terus memberikan sokongan padu serta bekerjasama dengan kerajaan dalam menjayakan segala projek pembangunan di kawasan Saribas selepas ini.

“Jangan sesekali terpengaruh dengan hasutan pihak pembangkang mengenai kerajaan. Kesemua dakyah oleh pihak terbabit bertujuan untuk mengurangkan sokongan penduduk terhadap kerajaan.

“Ambilah ikhtibar berhubung isu beberapa orang wakil rakyat daripada pihak pembangkang di Semenanjung Malaysia yang bertindak keluar parti disebabkan hilang kepercayaan terhadap pemimpin mereka sebelum ini,” katanya.

Terdahulu Wahbi pada majlis berkenaan telah mengumumkan peruntukan untuk tujuan pembangunan bernilai RM5,000 hingga RM10,000 kepada keempat-empat buah rumah panjang berkenaan.

Hadir sama ialah Penghulu kawasan Debak, Abang Kifrawi Abang Rukaili, Setiusaha Parti Pesaka Bumiputera Bersatu cawangan N30 Saribas, Saiffudin Wahbi, Ketua Kampung Bungin, Baha Suai dan Asisten Superiten Police (Bersara), Haji Piee Alwin.

Tamat.

No comments:

Post a Comment