Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

17 June, 2010

RELA Sri Aman juara bola Piala Pengarah


Caption: UNTUK ALBUM...Murni (tengah) ketika merakamkan gambar kenang-kenangan bersama tetamu jemputan dan pasukan pemenang pada pertandingan itu.

-16 Jun


Pasukan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) Daerah Sri Aman muncul juara Pertandingan Bolasepak 7 Sebelah Piala Pengarah RELA Negeri Sarawak 2010 yang berlangsung di Padang Majlis Daerah Meradong baru-baru ini.

RELA Sri Aman muncul juara setelah berjaya menumpaskan pasukan RELA Daerah Saratok dengan jaringan gol 2 – 1 pada perlawanan akhir yang disaksikan lebih daripada 200 orang penduduk di situ.

Dengan kemenangan ini pasukan RELA Sri Aman berjaya membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM200 dan piala manakala pasukan RELA Saratok pula membawa hadiah wang tunai bernilai RM150 dan piala pada kejohanan itu.

Manakala itu pasukan RELA Meradong A pula muncul pemenang tempat ke-3 setelah berjaya menumpaskan pasukan RELA Meradong B menerusi penentuan sepakan penalti 3 -2 setelah kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 0-0 sehingga tamat masa perlawanan.

Majlis perasmian pertandingan dan penyampaian hadiah kepada pasukan pemenang ini telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Dr Murni Suhaili sambil disaksikan oleh Pengarah RELA Negeri Sarawak, Brigedier Jeneral (RELA) Hamfatullah Shawal bin Hamban dan timbalannya Kolonel (RELA) John Gila.

Terdahulu pasukan RELA Daerah Sri Aman berjaya melangkah ke perlawanan akhir Pertandingan Bolasepak 7 Sebelah Piala Pengarah RELA Negeri Sarawak 2010 setelah menumpaskan pasukan RELA Meradong B dengan jaringan gol 2-0 pada perlawanan separuh akhir pertandingan itu.

Sementara itu pasukan RELA Daerah Saratok pula berjaya melangkah ke perlawanan akhir Pertandingan Bolasepak 7 Sebelah Piala Pengarah RELA Negeri Sarawak 2010 setelah menumpaskan pasukan RELA Meradong A dengan jaringan gol 3-2 pada perlawanan separuh akhir pertandingan itu.

Sejumlah tujuh buah pasukan mengambil bahagian dalam Pertandingan Bolasepak 7 Sebelah Piala Pengarah RELA Negeri Sarawak 2010 ini antaranya ialah RELA Sri Aman, RELA Meradong A dan B, RELA Sarikei, RELA Julau, RELA Sarikei dan RELA Dalat (Mukah).

Tamat.

No comments:

Post a Comment