Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

17 June, 2010

RELA perlu tarik masuk ramai belia - Murni


Caption: TAHNIAH...Hamfatullah (kanan) sedang menyampaikan hadiah kepada pemenang (kanan) sambil disaksikan oleh Murni (tengah) ketika berlangsungnya pertandingan itu.

MELUDAM, Rabu (16 Jun) – Tindakan pasukan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) dalam menganjur aktiviti sukan dilihat sebagai platform yang cukup positif dalam menarik penyertaan golongan belia ke dalam pasukan terbabit selepas ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Dr Murni Suhaili berkata ini kerana RELA mempunyai hubungan sosial yang cukup di hati rakyat semenjak ia ditubuhkan sebelum itu.

“Dengan mengadakan aktiviti sukan, pihak RELA secara tidak langsung dapat memperkenalkan peranan mereka dengan lebih jauh dikalangan rakyat di kawasan masing-masing dari masa ke semasa.

“Ia sekaligus juga dapat memberitahu rakyat bahawa peranan RELA tidak terhad kepada isu keselamatan mereka malah turut bertindak dalam menyumbang ke arah penglibatan rakyat dalam aktiviti sukan selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Pertandingan Bolasepak 7 Sebelah Piala Pengarah RELA Negeri Sarawak 2010 yang berlangsung di Padang Majlis Daerah Meradong baru-baru ini.

Selain itu Murni juga mahu pihak RELA untuk terus menarik penyertaan golongan belia ke dalam pertubuhan demi memperkuatkan usaha kerajaan bagi membenteras kemasukan golongan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di masa akan datang.

“Penyertaan dalam RELA dapat membentuk sifat jati diri dalam semua belia. Justeru saya mengalakkan semua belia untuk menyertai RELA demi menyumbang jasa ke arah ketenteraman rakyat di kawasan mereka selepas ini,” katanya.

Terdahulu sejumlah tujuh buah pasukan mengambil bahagian dalam Pertandingan Bolasepak 7 Sebelah Piala Pengarah RELA Negeri Sarawak 2010 ini antaranya ialah RELA Sri Aman, RELA Meradong A dan B, RELA Sarikei, RELA Julau, RELA Sarikei dan RELA Dalat (Mukah).

Pasukan RELA Daerah Sri Aman muncul juara dalam merasmikan Pertandingan Bolasepak 7 Sebelah Piala Pengarah RELA Negeri Sarawak 2010 manakala pasukan RELA Daerah Saratok dan RELA Meradong A pula masing-masing menduduki tempat ke-2 dan ke-3 dalam pertandingan itu.

Hadir sama untuk menyaksikan pertandingan berkenaan ialah Pengarah RELA Negeri Sarawak, Brigedier Jeneral (RELA) Hamfatullah Shawal bin Hamban dan timbalannya Kolonel (RELA) John anak Gila.

Tamat.

No comments:

Post a Comment