Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

18 June, 2010

Rakyat harus tahu sumbangan BN - Harden











SRI AMAN, Jumaat (18 Jun) – Rakyat harus tahu bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) telah memainkan peranan yang cukup penting dalam membangunkan hidup mereka sebelum ini demikian menurut Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden anak Hollis.

Kawasan Sri Aman misalannya menurut beliau kini sedang giat dilaksanakan dengan pelbagai projek peningkatan taraf hidup rakyat yang mencakupi penyediaan kemudahan Bekalan Elektrik Luar Bandar, bekalan air bersih, jalan raya dan banyak lagi.

“Lagipun pembentangan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini nyata memberi fokus terhadap pembangunan kawasan luar bandar.

“Justeru saya berharap rakyat terus menyokong RMK10 agar lebih banyak peruntukan disalurkan ke Sri Aman bagi tujuan projek pembangunan selepas ini,” menurut beliau ketika berucap merasmikan Program Anti Denggi dan Kebersihan 2010 di Rumah Umpol, Sungai Tengga, Batu Lintang, Sri Aman hari ini.

Selain itu Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan pertubuhan kata Harden seharusnya berperanan untuk menyampaikan dasar pembangunan kerajaan terhadap rakyat di negeri ini dan bukannya bertindak menghasut pemikiran mereka.

Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di negeri ini misalannya menurut beliau boleh berfungsi untuk menyedarkan dasar kerajaan terhadap rakyat di kawasan masing-masing.
“Kerajaan sejak sekian lama telah memperuntukkan banyak dana atau geran kepada JKKK demi membolehkan jawatankuasa terbabit memberi impak terhadap peningkatan hidup sosial rakyat di sekeliling kawasan mereka.
“Bagaimanapun ada baiknya JKKK membalas kembali sumbangan terbabit selama ini dengan membantu kerajaan menyampaikan segala dasar pembangunan dan isu-isu semasa terhadap rakyat di kawasan mereka dari masa ke semasa,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment