Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 June, 2010

Priscilla juara Pekit Kumang Bawah 12 tahun Sebangki Panjai


Caption: ANGGUN...Pryscilla (tengah) sambil diapit oleh Manyie (kiri) dan Vennos (kanan) sebaik sahaja selesai pertandingan itu. Turut kelihatan Jubang (kiri sekali) dan Wan (dua kanan).

LUBOK ANTU, Selasa (8 Jun) – Sambutan Gawai Dayak 2010 nyata memberi tuah kepada Edwin Raoh iaitu wartawan dari akhbar berbahasa Melayu dalam negeri apabila anak perempuannya dinobatkan sebagai juara Pekit Kumang Sbangki Panjai 2010.

Prisycilla Dungai anak Edwin, pelajar Tahun 5 dari Sekolah Kebangsaan (SK) Saint Luke, Sri Aman dinobatkan sebagai juara Pekit Kumang ketika di berlangsung di Rumah Jubang, Sbangki Panjai, Lubok Antu pada malam 31 Mei lepas.

Kemenangan ini membolehkan beliau membawa pulang hadiah berupa piala. Manakala itu kedudukan naib juara Pekit Kumang ini disandang oleh Manyie anak Edddie yang turut membawa pulang hadiah berupa piala.

Kedudukan tempat ke-3 bagi Pekit Kumang Sbangki Panjai 2010 ini pula disandang oleh Vennos anak William yang membawa pulang hadiah berupa piala untuk pemenang kedudukan tempat ke-3.

Sementara Pekit Keling Sbangki Panjai 2010 pula menyaksikan Andryan Walter anak Sirai muncul juara manakala kedudukan tempat ke-2 dan ke-3 pula dimenangi oleh Wilson Ingkot anak Edwin dan Malcello Riang anak Maria.

Kesemua hadiah bagi pemenang Pekit Kumang dan Pekit Keling Sbangki Panjai 2010 ini telah ditaja oleh syarikat penjualan peralatan binaan rumah, gas dan cat iaitu Chop Thai Chiang yang berpusat di Sri Aman.

Pertandingan @ Pekit Keling dan Kumang diadakan pada malam itu bertujuan untuk meriahkan suasana Perayaan Gawai Dayak di rumah panjang berkenaan. Tuai Rumah Jubang anak Bin dan Kanselor Wan Insam telah diberikan penghormatan untuk menyampaikan hadiah kepada para peserta pertandingan itu.

Tamat.





No comments:

Post a Comment