Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

30 June, 2010

PPD Betong terima kedatangan pegawai Audit MS ISO


Caption: SERIUS...Rahman (tengah) ketika sedang melakukan kerja perlaksanaan Audit MS ISO 9001:2008 terhadap kakitangan PPD Betong baru-baru ini.

oleh Saleman Senin

BETONG, Selasa (29 Jun) – Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Betong telah menerima kedatangan pihak pegawai audit bagi tujuan perlaksanaan Audit MS ISO 9001:2008 di sini baru-baru ini.

Jurucakap PPD Betong menerusi kenyataan berita memberitahu kedatangan pihak audit ini sejajar dengan hasrat pihak kementerian untuk mewujudkan pengurusan kerja yang berkualiti di kalangan kakitangan pejabat pelajaran dalam negara ini.

“Usaha ini termasuk kerja audit terhadap dokumen pengurun pejabat pada setiap tahun. Dengan ini kakitangan jabatan pelajaran akan dapat menjaga kepentingan dan nama baik jabatan ini sepanjang masa,” katanya.

Bagi menjayakan usaha ini katanya, Pegawai Audit Dalam MS ISO 9001:2008 Jabatan Pelajaran Sarawak iaitu Haji Abdul Rahman bin Haji Muhiyuddin telah bertanggungjawab dalam melakukan kerja audit terhadap dokumen PPD Betong.

Pegawai Pelajaran Daerah Betong, Mahli bin Rosli dalam ucapannya mengharapkan agar kehadiran pegawai audit berkenaan dapat memberi perangsang kepada pihak PPD Betong untuk memacu peningkatan pendidikan di kawasan ini pada masa akan datang.

Beliau juga menegaskan bahawa semua kakitangan PPD Betong harus bersama-sama memikul tanggungjawab dalam melaksanakan tugas dengan penuh sempurna dan berdedikasi.

Terdahulu Rahman telah menjalankan kerja audit terhadap dokumen pengurusan PPD Betong bermula dari jam 8.30 pagi sehingga jam 5.00 petang pada hari yang sama. Beliau melahirkan rasa puashati terhadap hasil kerja cemerlang yang telah ditunjukkan oleh pihak PPD Betong.

Tamat.

No comments:

Post a Comment