Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

28 June, 2010

PPD Betong anjur Ngiling Tikai Gawai Dayak



Caption:

1.SELAMAT HARI JADI...Mahli (tengah) sedang menyempurnakan upacara memotong kek bersama kakitangan PPD Betong yang lain pada majlis itu.

2. SEMPURNA...Vevian (kanan) sedang menyerahkan tikai kepada Mahli (kiri) ketika berlangsungnya majlis berkenaan.

oleh Saleman Senin,

http://www.salemansenin.blogspot.com

BETONG, Isnin – Pejabat Pelajaran Daerah Betong telah mengadakan Majlis Ngiling Tikai bersempena dengan Perayaan Hari Gawai Dayak 2010 dan Majlis Sambutan Hari Jadi Kakitangan jabatan berkenaan baru-baru ini.

Majlis yang berlangsung di Dewan Pejabat Pelajaran Daerah Betong itu diraikan dalam suasana adat rumah panjang sesuai dengan gaya sambutan perayaan Gawai Dayak selama ini.

Tuai Gawai iaitu Vevien Mujah ketika ditemui berkata majlis yang dirancang oleh jawatankuasa sambutan perayaan pejabat terbabit adalah merupakan pengenalan kepada semua kakitangan PPD Betong yang belum pernah merasai adat dan cara kaum Dayak meraikan Perayaan Gawai sebelum ini.

“Sambutan secara tradisional begini adalah merupakan julungkalinya diadakan oleh pihak kita bagi memberikan satu pengalaman baru terhadap segelintir kakitangan PPD Betong berhubung perayaan Gawai Dayak.

“Majlis telah dimulakan dengan adat ‘Pengabang Niki’ dimana semua kakitangan berkunjung ke tempat majlis yang diketuai oleh Pegawai Pelajaran Daerah Betong iaitu Mahli bin Rosli. Kunjungan pengabang telah disambut dengan ‘Biau Pengabang’ yang di sampaikan oleh Mandau Anggan selaku ‘Lemambang’,” katanya.

Beliau juga menambah bahawa majlis berkenaan turut memberi peluang kepada semua kakitangan berbilang kaum dan bangsa dalam PPD Betong untuk sama-sama merasai bagaimana adat sambutan Gawai Dayak diadakan.

Sementara itu Mahli dalam ucapannya memberitahu majulis sambutan perayaan seumpama iini mungkin dapat dipratikkan di semua sekolah sebagai salah satu aktiviti kebudayaan pada setiap tahun.

“Majlis ini bukan sahaja terhad kepada perayaan Gawai Dayak malahan untuk mana-mana perayaan utama dalam negeri ini bagi menerapkan lagi nilai budaya dan adat resam masing-masing dikalangan murid-murid,” katanya.

Terdahulu PPD Betong turut mengadakan sambutan harijadi bagi enam orang kakitangan mereka yang mempunyai tarikh lahir bulan Jun antaranya ialah Mahli bin Rosli, Nasir bin Len, Salihin bin Haji Eli, Bujang bin Jeni, Junmon Haddad Hardison dan Mureen anak Ajun.

Turut diadakan ialah acara ‘Ngetas Ranyai’ dimana semua kakitangan PPD Betong berkesempatan untuk memotong ranyai berkenaan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment