Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

28 June, 2010

Penubuhan prasekolah di Pantu jana modal insan - Masir


Caption: TAHNIAH...Masir sedang menyampaikan sijil tamat kursus Ajat kepada seorang penerima sambl disaksikan oleh Siaw (kanan beliau) dan Isau (dua kanan) pada majlis berkenaan.


SRI AMAN, Isnin (28 Jun) – Penubuhan pusat prasekolah di Rumah Panjang Sapak dalam daerah kecil Pantu, Sri Aman bakal menjana usaha pembangunan modal insan di kawasan Sri Aman pada masa akan datang kata Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat.

Terdahulu Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran iaitu Tan Sri Haji Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa kerajaan akan membina sebanyak 179 buah kelas prasekolah di Sarawak sehingga tahun 2011 ketika merasmikan kelas prasekolah di Kampung Sapak, Pantu pada hari Sabtu lepas.

Pembukaan prasekolah katanya sekaligus dapat mempersiapkan diri anak-anak ke arah alam pendidikan yang sebenarnya pada peringkat usia awal masing-masing sebelum melangkah ke peringkat sekolah rendah selepas itu.

“Penubuhan pra sekolah di kawasan luar bandar dalam negeri ini bertujuan untuk membolehkan anak-anak mendapat pendidikan yang sewajarnya dari kerajaan seperti mana yang dinikmati oleh anak-anak di kawasan bandar.

“Justeru usaha pembangunan modal insan di Sri Aman akan dapat dipertingkat sekiranya ibubapa bertindak menghantar anak masing-masing ke kelas prasekolah sebagai langkah persediaan anak-anak ke sekolah rendah selepas ini,” menurut beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Penyampaian Sijil Tamat Ajat dan Ngiling Bidai anjuran Persatuan Budaya Iban Sri Aman di Dewan Suarah Sri Aman malam kelmarin.

Selain itu usaha berkenaan kata Masir menunjukkan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mengabaikan hal-ehwal kebajikan pendidikan untuk penduduk di kawasan luar bandar Sarawak selama ini.

“Kerajaan melaburkan jutaan ringgit untuk membangunkan pendidikan penduduk termasuk dari kawasan luar bandar. Ia merupakan komitmen kerajaan untuk mewujudkan golongan pelapes baru untuk tujuan pembangunan negara di masa akan datang.

“Justeru kerajaan memerlukan kerjasama daripada semua pihak untuk sama-sama menjayakan penubuhan kelas prasekolah dalam negeri ini demi kesinambungan pembangunan negara menjelang tahun 2020,” katanya.

Terdahulu Masir menerusi majlis itu telah mengumumkan peruntukan bagi tahun 2011 bernilai RM5,000 kepada Persatuan Budaya Iban Sri Aman. Cek bernilai RM3,000 daripada Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak juga turut disampaikan kepada persatuan berkenaan.

Hadir sama ialah Menteru Muda Pelancongan dan Warisan, Mong Dagang, pemangku Pengarah Kebudayaan dan Keseniaan Negara Negeri Sarawak, Mohd Rozaidi Siaw bin Abdullah, Pengerusi Persatuan Budaya Iban Sri Aman, Johnatan Isau anak Jangan dan wakil jabatan kerajaan di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment