Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

11 June, 2010

Penerima Pingat Khidmat Setia terharu diiktiraf kerajaan




Mugshot:

1. JOHNNES...Mencabar
2. SARI...Kuasai ICT

SRI AMAN, Khamis (10 Jun) – Pemberian Pingat Perkhidmatan Setia kepada kakitangan kerajaan yang berkhidmat antara 20 hingga 25 tahun sememangnya merupakan satu pengiktirafan oleh kerajaan terhadap sumbangan mereka dalam pembangunan negeri ini.

Justeru Utusan Sarawak cuba mendapatkan komen daripada dua orang kakitangan kerajaan yang telah menerima Pingat Perkhidmatan Setia menerusi majlis yang disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang di Dewan Suarah Sri Aman hari ini.

Johnnes Mukan anak Labang, kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sri Aman ketika ditemui melahirkan rasa bangga terhadap pengiktirafan kerajaan terhadap sumbangan mereka untuk membangunkan hidup penduduk selama ini.

Anak jati kelahiran Rumah Sambas, Penonos, Debak yang telah berkhidmat selama 27 tahun dalam JKR Sri Aman ini berkata kakitangan kerajaan kini menanggung amanah yang besar daripada penduduk dengan bidang tugas yang semakin mencabar dan rumit.

“Semenjak menyertai JKR Sri Aman pada Januari 1983, saya telah melalui pelbagai pengalaman pahit dan manis ketika melaksanakan tugas untuk semua penduduk di sini (Sri Aman dan Lubok Antu).

“Bagaimanapun saya perlu melaksanakan tugas saya sebagai seorang kakitangan kerajaan kerana kita adalah merupakan kunci penting dalam menaiktaraf hidup penduduk dari masa ke semasa,” katanya.

Sementara itu Sari anak Ingkot, dari JKR Lubok Antu pula berkata kakitangan kerajaan pada masa sekarang perlu menguasai bidang Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) untuk membantu memantapkan lagi pengurusan jabatan masing-masing.

Beliau yang telah berkhidmat selama 23 tahun dalam JKR Lubok Antu menganggap anugerah Pingat Perkhidmatan Setia akan menjadi lebih bermakna jika mereka menguasai teknologi terbabit selepas ini.

Sari yang telah memulakan tugasnya di JKR Lubok Antu pada 10 Disember 1987 berharap agar Pingat Perkhidmatan Setia ini dapat mempertingkatkan motivasi kakitangan kerajaan dalam melaksanakan tugas dari masa ke semasa.

Tamat.



No comments:

Post a Comment