Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 June, 2010


Mugshot: AWANG ZAINUDDIN AWANG AHMAD

SRI AMAN, Sabtu (12 Jun) – Sejumlah tujuh buah kelab permotoran dari sekitar kawasan Sri Aman telah menganjurkan Ekspedisi Kelab Permotoran Sri Aman Save Gaza ke Sarikei dan Bintangor pada 13 Jun lalu.

Tujuh kelab permotoran yang melibatkan diri Ekspedisi Kelab Permotoran Sri Aman Save Gaza terbabit adalah Kelab TopGear Motorsport Sri Aman, Sqalloz Community, Cloud Community, ZeroCool, Redline Turner, Shinovi-X dan Luilai.

Jurucakapnya Awang Zainuddin Awang Ahmad ketika ditemui berkata tujuan utama program ini diadakan ialah untuk mengumpul sumbangan atau dana untuk disalurkan kepada Tabung Gaza.

“Tindakan Israel mengadakan sekatan ke Gaza, Palestin sememangnya mendapat kutukan daripada seluruh lapisan penduduk di serata dunia dan Malaysia tidak ketinggalan dalam perkara ini.

“Pihak kami menerusi Ekspedisi Kelab Permotoran Sri Aman Save Gaza mahu membuktikan bahawa golongan belia juga prihatin terhadap isu terbabit. Justeru program ini diadakan bagi menunjukkan belia ada semangat untuk membantu mangsa sekatan rejim Zionis di Gaza,” katanya.

Segala sumbangan yang dikumpul menerusi Ekspedisi Kelab Permotoran Sri Aman Save Gaza ini nanti kata Awang akan diserahkan kepada wakil pihak Tabung Baitulmal Sarawak cawangan Sri Aman iaitu Ustaz Zulhilmi bin Bohari.

Pihaknya menurut beliau akan menyampaikan sumbangan hasil Ekspedisi Kelab Permotoran Sri Aman Save Gaza ini nanti di kawasan Taman Panorama Benak berhadapan dengan Pejabat Residen Sri Aman pada jam 6 petang pada 13 Jun.

“Ekspedisi Kelab Permotoran Sri Aman Save Gaza ini akan disertai oleh peserta yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama kerana kita mahu menyokongn perlaksanaan Gagasan 1Malaysia sepanjang masa ini.

“Oleh itu diharap agar Ekspedisi Kelab Permotoran Sri Aman Save Gaza ini akan berjalan dengan lancar tanpa adanya sebarang masalah selepas ini,” katanya sambil menambah bahawa sejumlah 80 orang ahli dari tujuh buah kelab permotoran ini akan mengambil bahagian dalam program terbabit.

Tamat.

No comments:

Post a Comment