Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

28 June, 2010

Kehadiran pembangkang tidak diperlukan - Wahbi



Caption:

1.ADAT...Wahbi (tengah) bersama tetamu undangan khas ketika menyempurnakan simbolik upacara Ngiling Bidai pada majlis berkenaan baru-baru ini.

2.IKHLAS...Wahbi (kiri) sedang menerima cenderamata daripada wakil biro wanita Rumah Legom, Serungap pada majlis berkenaan sambil disaksikan tetamu jemputan khas yang lain.

Kopral Abang Daud Abang Junairdy,

IPD Betong.

DEBAK, Isnin – Kedatangan pihak parti ‘penyakal’ atau pembangkang ke dalam kawasan Saribas tidak lagi diperlukan selepas ini kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas, Dr Haji Wahbi Junaidi.

Ini kerana kebajikan penduduk di kawasan Saribas menurut beliau mula meningkat dengan adanya saluran peruntukan yang banyak daripada kerajaan Barisan Nasional untuk tujuan pembangunan di kawasan berkenaan selama ini.

“Atas sebab ini pihak pembangkang tidak perlu hadir lagi di sini untuk menyampaikan pelbagai isu atau dakyah yang boleh mengelirukan pemikiran penduduk dalam kawasan DUN Saribas.

“Justeru saya menasihatkan semua penduduk untuk menolak kehadiran pihak pembangkang secara total dalam DUN Saribas agar lebih banyak projek pembangun disalurkan dalam kawasan kita selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Ngiling Bidai Gawai Dayak 2010 di Rumah Kanselor Legom, Serungap, dalam kawasan daerah kecil Debak, Betong baru-baru ini.

Sementara itu Wahbi juga menasihatkan penduduk untuk terus mengekalkan adat resam dan budaya kaum masing-masing walaupun negara kini sedang mengalami proses permodenan yang pesat.

“Adat Ngiling Tikai seperti ini harus dikekalkan. Tujuannya ialah agar adat ini dapat melambangkan identiti kaum orang Iban walaupun negara sudah mencapai status negara maju pada masa akan datang.

“Justeru dharap agar semua pihak dapat memainkan peranan penting dalam mengekalkan budaya dan adat resam setiap kaum dalam negeri ini. Sekurang-kurangnya adat dan budaya kaum kita terus kekal walaupun negara sudah maju,” menurut beliau.

Hadir sama ialah Penghulu kawasan Debak, Abang Kifrawi, Setiausaha Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Saifuddin Wahbi, para wakil jabatan kerajaan dan ketua kaum di Saribas.

Tamat.

No comments:

Post a Comment