Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

14 June, 2010

JKKK jambatan rakyat dan kerajaan - Rayong


Mugshot: DR JOHNNICAL RAYONG NGIPA

LUBOK ANTU, Isnin (14 Jun) - Jawatankuasa Keselamatan Dan Kebajikan Kampung (JKKK) berperanan sebagai ‘jambatan’ yang menghubungkan kerajaan dan rakyat demi memastikan kemajuan berterusan dari pelbagai aspek selepas ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa berkata rakyat memerlukan JKKK sebagai saluran penting untuk menyampaikan pelbagai masalah terhadap kerajaan selamai ini.

“Kerajaan tidak akan berupaya mendengar semua masalah pembangunan yang wujud dalam sesebuah kelompok rakyat jika JKKK tidak memainkan peranan mereka dengan berkesan.

“Justeru rakyat perlu mewujudkan JKKK di kawasan masing-masing supaya pertubuhan tersebut berupaya menjadi wakil untuk menyuarakan pendapat serta masalah yang wujud dalam kawasan mereka kepada pihak kerajaan selepas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengikut kunjungan rombongan Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak ke Rumah Jubang Bin, Sebangki Panjai, Lubok Antu untuk menyerahkan cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) menerusi majlis ringkas berkenaan baru-baru ini.

Selain itu Rayong juga menyeru agar JKKK memainkan peranan mereka untuk memelihara kebajikan dan keselamatan harta benda rakyat yang berada di bawah bidang kuasa masing-masing dari masa ke semasa.

Setiap ahli JKKK kata Rayong harus meningkatkan tahap kerjasama di antara mereka demi memastikan setiap program yang berkaitan dengan kebajikan serta keselamatan rakyat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

“Justeru saya meminta agar JKKK turut memainkan peranan untuk menyebar dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada rakyat agar pembangunan dapat dilaksana secara berterusan di kawasan masing-masing selepas ini,” katanya.

Terdahulu Nyalau menerusi majlis berkenaan telah menyerahkan cek MRP ke Biro Wanita Rumah Panjang Sbangki Panjai, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Tr Medan, Pan dan Tr Usek, Jenggin.

Hadir sama Pegawai Penerangan Parlimen JASA P.203, Lubok Antu, Geoffery Baja anak Ricky Maba dan ketua kaum dari sekitar kawasan Lubok Antu.

Tamat...






No comments:

Post a Comment