Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

13 June, 2010

Jenny Tan cadang himpun syarikat rakaman jumpa KPDNKK


Mugshot: JENNY TAN

SRI AMAN, Sabtu (12 Jun) – Penerbit VCD Karaoke Lagu Iban, Golden Pearl Recording Studio iaitu Jenny Tan bercadang untuk menghimpunkan semua syarikat rakaman lagu Iban dalam negeri ini berhubung isu cetak rompak yang masih berleluasa pada masa sekarang.

Tindakan beliau ini adalah merupakan respon daripada isu cetak rompak terhadap album syarikat rakaman mereka di Kapit sepertimana yang didakwa oleh Jennario Jeraki iaitu pemilik syarikat berkenaan dalam akhbar ini kelmarin.

“Cadangan terbabit (menghimpunkan semua syarikat rakaman lagu Iban) telah timbul apabila mendapati bahawa album syarikat kami dicetak rompak dan dijual oleh orang tertentu secara berleluasa di tiga buah premis perniagaan dalam Bandar Kapit kelmarin.

“Selepas itu pihak kami akan terus mengadakan pertemuan dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kepengunaan dan Koperasi (KPDNKK) untuk membincangkan langkah penyelesaian berhubung masalah terbabit,” katanya ketika dihubungi Utusan Sarawak kelmarin.

Pertemuan dua mata antara pihak beliau dan Menteri KPDNKK selepas ini adalah amat penting bagi meluahkan masalah yang sering melanda pihak syarikat rakaman lagu Iban Sarawak yang sebelum ini mengalami kerugian bernilai ribuan ringgit akibat jenayah cetak rompak.

Pihaknya kata Jenny mahu pihak KPDNKK untuk mengenakan tindakan undang-undang yang lebih ketat terhadap mana-mana pihak khusus sekali peniaga yang didapati bersalah kerana menjual album cetak rompak selepas ini.

“Salah satu cadangan hukuman yang wajar ialah menarik semula lesen perniagaan peniaga yang bertindak menjual album cetak rompak kepada orang ramai setelah ditangkap dan didapati bersalah.

“Ini penting demi memastikan syarikat lagu Iban tempatan di Sarawak tidak gulung tikar akibat jenayah cetak rompak. Bayangkan album tulen kami tidak dibeli oleh orang ramai sebaliknya yang dibeli ialah album cetak rompak....bukankah masalah ini merugikan kami?” katanya.

Justeru Jenny berharap agar masalah ini dapat diselesaikan segera oleh pihak KPDNKK sebelum pihaknya bersama lain-lain syarikat rakaman yang lain bertindak mengadakan pertemuan dengan Menteri PNDKK selepas ini.

“Cetak rompak memang isu lapok. Bagaimanapun selagi tiada tindakan tegas diambil terhadap penjenayah cetak rompak ini maka selagi itulah pihak kami akan mengalami kerugian,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment