Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

30 June, 2010

Jaga baik bantuan kerajaan - Nyalau


Caption: MANFAATKAN…Nyalau (tiga kanan) menyampaikan surat kelulusan mesin pelerai padi kepada Tr Morris, Soh di hadapan pejabat Pertanian Engkilili. Turut kelihatan Dr Rayong (tengah) dan Badin (dua kiri) dan Jabu (dua kanan).


ENGKILILI, Selasa (29 Jun) – Penduduk rumah panjang dinasihatkan agar menjaga dengan baik bantuan yang diberi oleh pihak kerajaan Barisan Nasional (BN) demi faedah bersama selepas ini kata Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak.

Justeru katanya adalah perlu bagi setiap rumah panjang mahupun kampung dalam negeri ini untuk menubuhkan tabung hasil kutipan pembayaran seperti ketika menggunakan mesin pelerai padi yang diberikan oleh kerajaan sebelum itu.

“Kelebihan penubuhan tabung ini ialah penduduk mampu membaiki semula kemudahan yang kerajaan berikan kepada mereka sebelum itu dengan menggunakan wang kutipan dari tabung berkenaan.

“Bagaimanapun penduduk haruslah mengenakan bayaran pengunaan kemudahan terbabit pada kadar yang berpatutan,” menurut beliau ketika berucap merasmikan majlis penyerahan lima mesin pelerai padi kepada enam buah rumah panjang di sekitar Lubok Antu dan Engkilili barudi di hadapan pejabat Pertanian Daerah Engkilili baru-baru ini.

Enam rumah panjang berkenaan ialah ialah Rumah Simon Buie Panjai, Rumah Chuat Sungai Keroh, Rumah Insudin, Tisak, Rumah Morris Soh, Rumah Unchit Geligau Ulu dan Rumah Sandai, Basi Ulu.

Sementara itu penduduk luar bandar kata Nyalau perlu membuat pilihan yang bijak dalam memilih parti mereka menjelang pilihan raya yang akan datang demi masa depan hidup masing-masing selepas ini.

“Terpulang kepada penduduk sama ada mahu memilih pembangkang atau BN. Jika mereka menyokong kita maka pembangunan akan datang kepada penduduk namun senario sebaliknya tidak mungkin berlaku jika mereka memilih pembangkang,” katanya.

Hadir sama untuk menyaksikan penyampaian peruntukan itu ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnnical Rayong Ngipa, Penolong Pengarah Pertanian Sri Aman Badin Unor dan Penolong Pegawai Pertanian Engkilili dan Lubok Antu, Jabu anak Sajeng.

Tamat…..

No comments:

Post a Comment