Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

20 June, 2010

Check kesihatan percuma di CNI 23 Jun ini


Mugshot: THIEN SIEW CHIANG

SRI AMAN, Sabtu (19 Jun) – Orang ramai dipelawa untuk menjalani pemeriksaan kesihatan secara percuma di Pusat Pengedaran Creative Network International (CNI) cawangan Sri Aman yang beralamat di alamat No.6 Jalan Hospital, Sri Aman bermula dari jam 10 pagi hingga 4 petang pada 23 Jun ini.


Program pemeriksaan secara percuma yang akan berlangsung di Pusat Pengedaran CNI cawangan Sri Aman ini adalah merupakan program di bawah Projek Komuniti Penyayang CNI.


“Penyakit Kencing Manis, Tekanan Darah Tinggi dan Kolestrol Tinggi adalah merupakan tiga masalah kesihatan yang paling umum dikalangan rakyat Malaysia pada masa sekarang.


“Asas sebab ini CNI telah tampil untuk menawarkan pemeriksaan kesihatan secara percuma terhadap orang ramai dalam bandar ini bermula dari tarikh dan waktu yang dinyatakan kepada mereka,” menurut pengurus cawangannya iaitu Thien Siew Chiang.


Orang ramai menerusi program ini katanya berpeluang untuk mengikuti ujian saringan BMI, saringan lemak, saringan gula dalam darah dan saringan tekanan darah disamping menerima khidmat nasihat dalam pemeriksaan kesihatan berkenaan.


Justeru pemeriksaan kesihatan secara percuma ini menurut Thien adalah merupakan satu peluang keemasan yang tidak seharusnya dilepaskan oleh orang ramai dalam bandar Sri Aman ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment