Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 June, 2010

BSMM Sri Aman join Khemah Hutan di Serian


Caption: UNTUK ALBUM...Para peserta aktiviti Khemah Hutan ketika bergambar kenangan pada program terbabit baru-baru ini.

SRI AMAN, Selasa (15 Jun) – Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) cabang Sri Aman telah menghantar seramai 14 orang peserta ke Kem Hutan BSMM cabang Serian yang berlangsung di Kampung Bunan Gega, Serian bermula 9 hingga 13 Jun lalu.

Kem yang berkonsepkan ‘Kembali Ke Alam Semulajadi’ itu membabitkan seramai tujuh orang peserta Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Aman, dua orang peserta SMK Saint Luke, tiga orang peserta SMK Engkilili dan dua orang pegawai pengiring dari pertubuhan berkenaan.

Dua orang pegawai pengiring terbabit ialah Pengerusi Misi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana, BSMM cabang Sri Aman iaitu Mas Mashore Haji Maslem dan Penolong Komandan dan Sukarelawan, Johnet Henry Agung.

Mashore ketika dihubungi berkata Kem Hutan BSMM cabang Serian merupakan satu peluang keemasan yang amat penting untuk ahli BSMM cabang Sri Aman bagi memperoleh pengalaman lebih lanjut tentang alam semulajadi selepas ini.

“Menerusi aktiviti Kem Hutan BSMM cabang Serian ini semua ahli telah mempelajari sesuatu yang baru tentang betapa pentingnya manusia menghargai alam semulajadi di negara ini.

“Justeru diharap agar kesemua peserta BSMM cabang Sri Aman dapat memanfaatkan sepenuhnya pengalaman yang mereka perolehi menerusi Kem Hutan BSMM cabang Serian terbabit di masa akan datang,” katanya.

Terdahulu Majlis Pembukaan Kem Hutan BSMM cabang Serian telah dirasmikan oleh Pengerusi BSMM cabang Serian iaitu Dr Kiu Chiong Chin manakala majlis penutupan telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Richard Riot Jaem.

Tamat.

No comments:

Post a Comment