Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

09 June, 2010

BN tetap menangi hati penduduk luar bandar - Harden

Caption: UNTUK ALBUM...Harden bersama Simba ketika bergambar bersama gadis Rumah Anyi pada program terbabit.
pix by PATRICK MICHAEL

SRI AMAN, Selasa (8 Jun) – Kekalahan pihak Barisan Nasional (BN) tidak boleh dijadikan sebagai penanda aras kedudukan parti kerajaan ini pada pilihan raya negeri akan datang khususnya bagi kawasan Sri Aman.

Sebaliknya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang, Datuk Francis Harden anak Hollis yakin bahawa BN akan dapat mempertahankan kerusi mereka di kawasan Bahagian Sri Aman menjelang pilihan raya ini nanti.

“Bahagian Sri Aman khususnya penduduk dari kawasan luar bandar masih memerlukan BN untuk menaiktaraf pembangunan hidup mereka dari segenap segi dari masa ke semasa.

“Justeru saya yakin bahawa BN akan terus kukuh di sini (Sri Aman). Kita akan terus menyalurkan pembangunan untuk semua penduduk di Bahagian Sri Aman tanpa mengira etnik dan latar belakang agama selepas ini,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Muda Kemajuan Tanah berkata demikian ketika merasmikan Program Gawai Dayak 2010 dan sempena Ulangtahun Ke-6 penubuhan JKKK Rumah Nanyi, Gran C anjuran Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) di sini kelmarin.

Tindakan penduduk menyokong pembangkang kata Harden hanya akan menyebabkan mereka rugi apabila pembangunan tidak dapat disalurkan oleh kerajaan terhadap mereka selepas itu.

“Saya berterima kasih terhadap sokongan penduduk DUN Simanggang terhadap saya selama ini. Justeru saya meminta semua penduduk di sini untuk terus menyokong teguh kerajaan BN demi masa depan pembangunan masing-masing,” katanya.

Harden juga mengingatkan penduduk Dayak untuk terus mempertahankan identiti dan nilai budaya dan adat resam seperti pakaian tradisional, pua kumbu, kuih tradional termasuk peganan dan sarang semut.

Terdahulu beliau menerusi majlis itu telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM4,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKKK) Rumah Nanyi manakala RM2,000 lagi kepada biro wanita rumah panjang berkenaan.

Hadir sama ialah isteri beliau, Datin Simba anak Nalang, Kapitan Kueh Aik Seng, Kaunsellor Chai Ngee Cheng dan ahli SUPP cawangan Simanggang yang lain.

Tamat.

No comments:

Post a Comment