Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 June, 2010

Bionas bagi benih Jatropha percuma kepada 1 juta penduduk Sarawak




Caption:

1.TERTARIK...Penduduk sedang meneliti mesin yang terdapat di pusat pemprosesan Jatropha di Gua Sukat baru-baru ini.

2. PEMANGKIN EKONOMI... Pusat Jual Beli Hasil Buah Jarak bakal mengubah wajah pembangunan di kawasan Sri Aman pada masa akan datang.

SRI AMAN, Rabu (23 Jun) – Pihak Bionas telah mengumumkan pemberian secara percuma biji benih pohon Jarak atau Jatropha iaitu tanaman yang dapat menghasilkan Bio-Fuel kepada satu juta penduduk dalam negeri ini.

Jurucakap Bionas berkata pemberian biji benih Jatropha secara percuma itu akan membolehkan setiap penduduk menanam tanaman Jatropha di 10 ekar tanah milik masing-masing selepas ini.

“Seiring dengan perkembangan keperluan industri, permintaan bahan bakar minyak terus melonjak naik dengan harga bahan api sedunia yang turut meningkat.

“Justeru, pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk mencari bahan bakar minyak alternatif dari tumbuh-tumbuhan dan telah menemui pokok Jarak (Jatropha Curcas) yang mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan,” katanya.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan berita yang diberi selepas Majlis Pelancaran Pusat Jual Beli Hasil Buah Jarak (Jatropha), Pusat Pemprosesan Minyak Jarak, dan Pusat Latihan Industri Bio-Fuel Jatropha Cursas di Gua Sukat, Sri Aman baru-baru ini.

Pemberian secara percuma biji benih pohon Jarak ini katanya juga secara tidak langsung akan menjana pembangunan ekonomi terbaru dikalangan penduduk negeri Sarawak pada masa akan datang.

Sementara itu pihak Bionas katanya juga telah memberikan biji benis Jatropha secara percuma kepada 60,000 penduduk negeri ini untuk ditanam pada 10 ekar tanah milik masing-masing semenjak tiga tahun lepas.

Kesemua penduduk yang diberikan biji benih Jatropha secara percuma itu katanya telah mula menjual hasil masing-masing kepada pihak Bionas semenjak bulan September 2008.

“Harga belian semula biji benis Jatropha oleh Bionas ialah RM1,050 per tan. Pihak Bionas juga membeli buah Jatropha yang sudah dikeringkan pada harga RM850 per tan,” katanya.

Justeru beliau berharap agar penduduk yang menerima biji benih tanaman Jatropha secara percuma ini dapat memanfaatkan sepenuhnya pemberian terbabit demi meningkatkan taraf hidup masing-masing di masa akan datang.

“Pihak kita juga sedang membina sebuah Bionas Press Mill di Sarawak. Ia sekarang masih lagi dalam proses pembinaan dan dijangka akan dilancarkan di Tamin, Sibu pada bulan Ogos ini nanti,” katanya.
Terdahulu seramai 250 orang penduduk termasuk 85 kakitangan pusat pengumpulan dan penghasilan Bionas di seluruh negeri Sarawak hadir bagi menyaksikan majlis pelancaran berkenaan di Gua Sukat.

Tamat.



No comments:

Post a Comment