Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

17 June, 2010

96 peserta tamat kursus Ngajat Iban


Mugshot: JOHNATAN ISAU JANGAN

SRI AMAN, Khamis (17 Jun) – Seramai 96 orang penduduk dari sekitar Bandar Sri Aman telah tamat Kursus Ngajat Iban yang dikelolakan oleh Persatuan Budaya Iban Sri Aman baru-baru ini.

Pengerusi Persatuan Budaya Iban Sri Aman, Jonathan Isau anak Jangan berkata kesemua 96 orang peserta terbabit telah menghadiri kursus Ngajat Iban yang berlangsung di Dewan Suarah Sri Aman bermula dari bulan April hingga penghujung bulan Mei lepas.

“Kursus Ngajat Iban yang dikendalikan oleh Persatuan Budaya Iban Sri Aman selama dua bulan sebelum ini telah membabitkan para peserta orang Iban, Bidayuh, Cina dan Melayu dari sekitar kawasan Bandar Sri Aman.

“Para peserta berkenaan bukan sahaja mempelajari Tarian Ngajat kaum Iban malah turut mempelajari adat Main Asal dan beberapa budaya yang dimiliki oleh penduduk kaum Iban sebelum ini,” katanya.

Justeru kesemua 96 orang peserta berkenaan kata Johnatan akan menerima sijil tamat kursus menerusi majlis rasmi yang akan diadakan di Dewan Suarah Sri Aman pada 26 Mei ini nanti.

“Ia merupakan satu perkembangan yang amat memberansangkan apabila penganjuran Kursus Ngajat Iban mendapat tarikan ramai penduduk berbilang kaum dari kawasan Bandar Sri Aman.

“Diharap agar kesemua peserta dapat memperkembangkan lagi ilmu kebudayaan yang mereka perolehi menerusi Kursus Ngajat Iban berkenaan di masa akan datang,” kata beliau.

Terdahulu pihak Persatuan Budaya Iban Sri Aman bakal mengadakan majlis penyampaian sijil kepada semua peserta kursus itu bersempena dengan Majlis Penutupan Rasmi Gawai Dayak Ngiling Bidai di Dewan Suarah Sri Aman menerusi tarikh yang telah dinyatakan.

Majlis itu nanti akan dirasmikan oleh Menteri Muda Pertanian, Mong anak Dagang. Ahli Parlimen Sri Aman, Masir anak Kujat dan Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak akan menjadi tetamu kehormat pada majlis itu.

“Kelebihan majlis ini nanti ialah kesemua 96 orang peserta Kursus Ngajat Iban ini akan mempersembahkan bakat kebudayaan masing-masing,” katanya sambil menambah majlis itu juga bakal diserikan dengan beberapa buah acara menarik.

Tamat.

No comments:

Post a Comment