Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

20 June, 2010

80 sertai Program Sehari Bersama Al-Quran di Masjid Bandar Sri Aman




Caption:

1. SERIUS...Morsadad (duduk tengah) bersama tetamu undangan yang lain ketika berlangsungnya Program Sehari Bersama Al-Quran di Masjid Bandar Sri Aman.

2. KHUSYUK...Antara para peserta yang melibatkan diri dalam Program Sehari Bersama Al-Quran.

SRI AMAN, Sabtu (19 Jun) – Seramai 80 orang Muslimin dan Muslimah dari sekitar Bandar Sri Aman mengambil bahagian dalam Program Sehari Bersama Al-Quran bertempat di Dewan Mini, Masjid Bandar Sri Aman hari ini.

Program Sehari Bersama Al-Quran yang bermula dari jam 7.30 pagi hingga 5 petang itu adalah merupakan anjuran secara bersama pihak Tahsin Tilawah Bestari Enterprise Selangor dan Masjid Bandar Sri Aman.

Jurucakap penganjur ketika ditemui menjelaskan bahawa Program Sehari Bersama Al-Quran ini bertujuan untuk menyatu-padukan warga tua dan muda (Muslimin dan Muslimah) dari sekitar bandar ini menerusi pendidikan Al-Quran.

“Program Sehari Bersama Al-Quran ini juga bertujuan untuk merapatkan masyarakat Muslim dan Muslimah terhadap pendekatan ajaran ilmu Al-Quran yang lebih mendalam dari masa ke semasa.

“Justeru diharap agar Program Sehari Bersama Al-Quran ini dapat mengalakkan budaya membaca Al-Quran dikalangan masyarakat Islam dalam bandar ini disamping mengalakkan mereka beramal dengan Al-Quran untuk sepanjang masa,” katanya.

Selain itu Program Sehari Bersama Al-Quran ini juga bertujuan untuk memberitahu peserta tentang kepentingan mengkhatamkan Al-Quran sekurang-kurangnya tiga bulan sekali dikalangan umat Islam.

Terdahulu Program Sehari Bersama Al-Quran ini telah dirasmikan oleh Ustaz Haji Anwar Morsadad selaku mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi Haji Peri.

Program Sehari Bersama Al-Quran ini diteruskan dengan pembentangan Slot 1 bertajuk Hebatnya Al-Quran bermula jam 9 pagi sebelum ia disambung ceramah slot 2 bertajuk Kaedah 3F dan ceramah slot 3 bertajuk 5 Teknik Berkesan Membaca Al-Quran.

Hadir sama ialah Pengerusi Tahsin Tilawah Bestari Enterprise Selangor, Ustazah Nauwiyah Abu, Pengerusi Lembaga Pengurusan Masjid Bandar Sri Aman, Haji Mostapa Salleh dan tetamu jemputan yang lain.

Tamat.



No comments:

Post a Comment