Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

11 June, 2010

453 kakitangan kerajaan terima Pingat Khidmat Setia


Caption: TAHNIAH...Jabu (tengah) sambil disaksikan oleh Morshidi (kiri) ketika sedang menyematkan Pingat Perkhidmatan Setia kepada seorang penerima di Dewan Suarah Sri Aman.

SRI AMAN, Khamis (10 Jun) – Seramai 453 orang kakitangan kerajaan dari sekitar Bahagian Sri Aman dan Betong telah menerima Pingat Perkhidmatan Setia yang berlangsung di Dewan Suarah Sri Aman hari ini.

Majlis Penyampaian Pingat Perkhidmatan Setia yang berlangsung di Dewan Suarah Sri Aman itu telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu anak Numpang pada jam 10 pagi.

Pada majlis itu beliau telah memulakan upacara penyampaian Pingat Perkhidmatan Setia kepada para penerima dari sembilan buah jabatan kerajaan dari sekitar Bahagian Sri Aman dan Betong.

Sembilan buah jabatan kerajaan ialah Pejabat Residen dan Daerah Bahagian Sri Aman ( 16 penerima), Majlis Daerah Sri Aman (26), Jabatan Kerja Raya Sarawak (79), Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (56), Jabatan Pendaftaran Negara (8) dan Jabatan Pertanian Sarawak (28).

Tiga buah lagi jabatan yang turut terlibat dalam Majlis Penyampaian Pingat Perkhidmatan Setia ini ialah Pengairan dan Saliran Sarawak (10 peserta), Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (86) dan Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak (144).

Majlis yang berakhir sekitar jam 12.30 tengahari itu turut dihadiri oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Amar Haji Mohd Morshidi Abdul Ghani, Pengarah Unit Sumber Manusia Jabatan Ketua Menteri, Datu Misnu Taha, para Ahli Dewan Undangan Negeri, Residen Sri Aman, Abang Shamshudiin Abang Seruji, pegawai kerajaan dari Sri Aman.

Datuk Patinggi Jabu telah mewakili Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud yang tidak dapat hadir bagi merasmikan Majlis Penyampaian Pingat Perkhidmatan Setia di sini hari ini.

Terdahulu Pingat Perkhidmatan Setia disampaikan kepada kakitangan kerajaan yang telah berkhidmat di antara 20 hingga 25 tahun sebagai mengenang sumbangan mereka terhadap pembangunan negeri ini.

Tamat.




No comments:

Post a Comment