Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

26 June, 2010

141 pelajar hadiri bengkel jawab soalan PMR


Caption: SERIUS...Sebahagian daripada para pelajar yang menghadiri bengkel berkenaan di Majlis Daerah Sri Aman hari ini.


SRI AMAN, Sabtu (26 Jun0 – Seramai 141 orang pelajar dari tiga buah sekolah menengah dalam Bandar Sri Aman telah mengambil bahagian dalam Bengkel Teknik Menjawab Soalan PMR (Penilaian Menengah Rendah) 2010 yang berlangsung di Bilik Persidangan Majlis Daerah Sri Aman hari ini.

Bengkel Teknik Menjawab Soalan PMR anjuran pihak Pengerusi Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Sarawak (MAKSAK) Wanita Sarawak dan Yayasan Sarawak ini telah bermula dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

“Bengkel Teknik Menjawab Soalan PMR ini telah melibatkan penyertaan para pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simanggang, SMK Sri Aman dan SMK Saint Luke.

“Ia bertujuan untuk mengajar para pelajar tentang serta tenik yang betul untuk menjawab soalan peperiksaan PMR terutama sekali bagi matapelajaran Bahasa Inggeris dan juga Matematik,” kata jurucakap bengkel berkenaan.

Menerusi Bengkel Teknik Menjawab Soalan PMR ini katanya para pelajar khasnya bagi mereka yang bakal menduduki ujian peperiksaan PMR akan dapat membuat persiapan lebih awal bagi menjawab segala soalan sepertimana yang telah ditetapkan dalam ujian terbabit.

“Justeru pihak kita berharap agar kesemua 141 orang pelajar ini dapat memanfaatkan sepenuhnya segala ilmu pengetahuan mereka perolehi Bengkel Teknik Menjawab Soalan PMR terbabit selepas ini.

“Kecemerlangan para pelajar dalam menjawab segala soalan ujian matapelajaran dalam PMR ini kelak secara tidak langsung akan membantu pihak kerajaan mempertingkatkan status pendidikan negara di masa akan datang,” katanya.

Bengkel Teknik Menjawab Soalan PMR 2010 yang berlangsung di Bilik Persidangan Majlis Daerah Sri Aman itu telah dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi Haji Peri.

Hadir sama ialah Pengerusi Majlis Kebajikan Dan Sukan Anggota-Anggota Kerajaan Sarawak (MAKSAK) Wanita Sarawak, Datuk Amar Hajah Saptuyah Haji Suib, Ketua Penolong Pengarah Yayasan Sarawak, Haji Mohd Shuib Haji Maknun dan Timbalan Residen Sri Aman, Felicia Tan.

Ceramah bagi matapelajaran Bahasa Inggeris untuk Bengkel Teknik Menjawab Soalan PMR 2010 ini telah dikendalikan oleh Sed Sei Fong dari SMK Siburan, Kuching manakala Wee Soon Kian dari SMK Simanggang pula mengendalikan sesi ceramah untuk matapelajaran Matematik.

Tamat.

No comments:

Post a Comment