Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 May, 2010

Ubah fikiran kalau nak maju - Nyalau


Caption: SELAMAT DATANG...Nyalau (tengah) bersama Mussen (belakang kanan) ketika disambut oleh penduduk dan ketua kaum pada majlis itu.

LUBOK ANTU, Rabu (5 Mei) – Penduduk terutama sekali dari luar kawasan luar bandar dalam negeri ini harus mengamalkan sikap jauh pandang ke hadapan mulai sekarang demikian menurut Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak.

Ini menurut beliau amat penting demi merancakkan lagi proses pembangunan di kawasan penempatan masing-masng oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) selepas ini.

“Ada penduduk yang berfikiran cetek disebabkan hasutan oleh sesetengah pihak yang mahu mengagalkan segala rancangan pembangunan oleh kerajaan BN Sarawak selama ini.

“Harus diingat bahawa rancangan pembangunan kerajaan memberi keuntungan kepada penduduk. Justeru dengan berfikiran jauh ke hadapan maka penduduk akan menikmati faedah pembangunan oleh kerajaan untuk kesan jangka masa panjang dan bukannya pendek,” menurut beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Sivik Silaturahim dan Majlis Dialog 1Malaysia anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Bahagian Lubok Antu di Rumah Kelvin, Wong Panjai, Lubok Antu baru-baru ini.

Selain itu kerajaan menurut Nyalau juga akan memberikan tumpuan sepenuhnya pembangunan terhadap kawasan luar bandar dalam negeri ini terutama sekali dari segi pembinaan kemudahan jalan raya, pendidikan, bekalan air bersih dan elektrik.

Tumpuan terhadap pembangunan di kawasan luar bandar kata beliau adalah amat perlu demi mempertingkatkan taraf kehidupan penduduk tempatan dalam negeri ini menjelang masa hadapan.

“Malahan kerajaan juga akan memberikan sepenuh perhatian terhadap sektor pemodenan pertanian dalam negeri ini khusus sekali di kawasan penempatan penduduk luar bandar.

“Maka itu kerjasama daripada penduduk amat diperlukan berhubung perkara ini. Adalah lebih molek sekiranya kita sentiasa memberi sokongan padu kepada kerajaan BN demi nikmat pembangunan yang berterusan,” katanya..

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai, Malcom Mussen Lamoh, para ketua jabatan dan ketua kaum dalam daerah Lubok Antu.

Nyalau pada majlis itu telah mengumumkan peruntukan bernilai RM7,000 untuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Wong Panjai dan RM3,000 lagi untuk biro wanita rumah panjang terbabit.

Tamat...



No comments:

Post a Comment