Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

11 May, 2010

Terima pembangunan BN dengan hati terbuka - Rayong


Caption: SELAMAT DATANG YB...Rayong ketika disambut oleh penduduk di SK Basi, Skrang pada majlis tersebut baru-baru ini.

ENGKILILI, Selasa (11 Mei) – Rakyat dalam kawasan Engkilili dinasihat agar menerima arus pembangunan yang dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) dengan hati yang terbuka menurut wakil rakyatnya iaitu Dr Johnnical Rayong anak Ngipa.

Rakyat menurut beliau akan menerima faedah jangka panjang yang positif dalam diri masing-masing sekiranya mereka bertindak menyokong penuh usaha pembangunan oleh kerajaan dengan hati yang terbuka selepas ini.

“Lagipun Kerajaan Negeri yang diteraju oleh Ketua Menteri, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud nyata telah berjaya mempertingkatkan taraf kemajuan hidup penduduk menerusi perlaksanaan Dasar Politik Pembangunan semenjak 30 tahun lalu.

“Justeru ia membuktikan bahawa kemajuan dalam hidup boleh dicapai oleh penduduk dengan syarat sekiranya mereka mengamalkan hati yang terbuka ketika pembangunan dibawa masuk ke kawasan masing-masing,” menurut beliau.

Rayong berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Merarau anjuran Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Basi dalam kawasan Skrang, Engkilili baru-baru ini.

Selain itu tindakan penduduk menolak pembangunan daripada kerajaan kata beliau akan mendatangkan kerugian terhadap penduduk dari kawasan itu sendiri untuk tempoh jangka masa yang panjang.

“Penduduk boleh membezakan kawasan penduduk yang mahu kerana mahu menerima pembangunan kerajaan berbanding kawasan penduduk jauh ketinggalan disebabkan oleh keengganan mereka untuk menerima pembangunan dari kerajaan sebelum ini.

“Anak cucu kita akan menanggung kerugian disebabkan oleh sifat degil anda berhubung perkara. Justeru saya meminta penduduk untuk berfikir panjang sekiranya mereka berniat untuk menolak projek pembangunan kerajaan di kawasan masing-masing pada masa akan datang,” katanya.

Rayong menerusi majlis itu telah mengumumkan peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM3,000 manakala Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau Badak pula mengumumkan peruntukan bernilai RM5,000 kepada pihak PIBG sekolah berkenaan.


Tamat....

No comments:

Post a Comment