Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 May, 2010

Terap semangat berpasukan majukan sekolah - Adi Haji Spaiee


Caption: SELAMAT HARI GURU...Para guru dan kakitangan sokongan SK Saint John ketika meraikan sambutan Hari Guru baru-baru ini.

BETONG, Jumaat (21 Mei) – Guru dan kakitangan Sekolah Kebangsaan (SK) Saint John, Betong dinasihat untuk mengamalkan semangat kerja secara berpasukan mulai sekarang demikian menurut Penolong Kanan Pentadbiran sekolah berkenaan iaitu Adi Haji Spaiee.

Beliau berkata demikian ketika berucap Majlis Perayaan Sambutan Hari Guru 2010 SK Saint John Betong bagi Peringkat Sekolah bertempat di dewan sekolah berkenaan baru-baru ini.

Katanya semangat kerja secara berpasukan dikalangan guru dan kakitangan sekolah akan datang menyumbang ke arah kejayaan wawasan dan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia yang mahu mencapai matlamat ke arah sekolah berprestij tinggi di masa akan datang.

“Ibubapa juga memainkan peranan penting dalam membantu pihak sekolah untuk mencapai matlamat sekolah berprestij bersama pihak guru dan kakitangan Saint John Betong.

“Justeru bersempena dengan sambutan perayaan Hari Guru Ke-39 ini saya mengucapkan tahniah kepada semua pihak di atas kejayaan pihak sekolah melepasi standart Sekolah Prestasi Rendah (SPR) menerusi Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun lepas,” katanya.

Kejayaan tersebut kata Adi telah menjadi pendorong pihak sekolah untuk merangka pelbagai aktiviti bagi mempertingkatkan kecemerlangan sama ada dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum selepas ini.

Terdahulu Majlis Perayaan Sambutan Hari Guru 2010 SK Saint John Betong telah dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik antaranya ialah persembahan koir, pemberian cenderahati atau kad daripada murid untuk guru, sukaneka gabungan para guru, staf sokongan serta murid dan makan tengahari di dewan sekolah.

Sebanyak empat kumpulan untuk tujuan aktiviti sukaneka iaitu Kumpulan BM di bawah pimpinan Penolong Kanan I, Hj Salleh Ismail, Kumpulan MT dibawah Penyelaras Bestari, Uding Chungak, Kumpulan BI pimpinan Larry Gamon selaku Ketua Panitia BI dan Kumpulan SNS pimpinan Adi sendiri.

Sukaneka anjuran bersama Penolongan Kanan Kokurikulum iaitu Harith Lena Haji Kaha, Wan Bujang, Haji Wan Omar selaku Guru Media dan Perpustakaan sambil dibantu oleh Mokhzani dan Sarimah menyaksikan Kumpulan BM telah dinobatkan sebagai johan keseluruhan acara berkenaan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment