Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

16 May, 2010

Sukaneka Kampung Melayu Betong meriah




Caption:

1. CABAR...Antara aksi peserta ketika bersaing dalam Sukaneka Peringkat Kampung Melayu Betong baru-baru ini.

2. UNTUK ALBUM...Pengerusi pusat jahitan, Puan Norizan ketika menyampaikan cenderamata kepada David pada majlis berkenaan.

Oleh Saleman Senin

BETONG, Jumaat (14 Mei) - Pusat Jahitan Kemas Kampung Tengah Betong telah mengadakan program Sukaneka Peringkat Kampung Melayu Betong bertempat di Kompleks Sukan Betong baru-baru ini.

Sejumlah lima buah kategori pertandingan telah diadakan bersempena dengan penganjuran Sukaneka Peringkat Kampung Melayu Betong yang merupakan salah satu daripada aktiviti yang dirancang oleh ahli jawatankuasa pusat jahitan berkenaan

Lima buah kategori pertandingan ini adalah Kategori Kanak-kanak 7 hingga 8 Tahun, Kategori Kanak-kanak berumur 9 – 10 Tahun, Kategori Senior, Kategori Veteran dan Kategori Berkumpulan.

Kategori Kanak-kanak 7 hingga 8 Tahun menyaksikan adik Nuramirah, Awang Yuhazril dan Nurathirah muncul pemenang tempat pertama bagi Pertandingan Membawa Bola Ping Pong Dalam Sudu dan Meniup Belon Sampai Pecah.

Pertandingan Mengisi Air Dalam Botol bagi Kategori Kanak-kanak berumur 9 – 10 pula menyaksikan Nazura muncul juara manakala Adib Afiq muncul juara untuk acara Lari 100 Meter.

Kategori Senior pula menyaksikan Rogayah Amin muncul juara Pertandingan Membawa Air Dalam Gelas Atas Kepala manakala Hajijah Sait muncul juara untuk Acara Meniup Gula-gula Dalam Tepung.

Pertandingan Pancing Botol bagi kategori ini pula telah menyaksikan Rafidah Abdul Rahman muncul juara manakala acara Menyepak Bola Paling Jauh telah dimenangi oleh Asha.

Kategori Veteran menyaksikan Dayang Missiah Awang Willie muncul juara untuk Pertandingan Mengisi Air Dalam Botol Menggunakan Span manakala Acara Menyepak Bola Paling Jauh pula telah dimenangi oleh Sabtuyah Haji Hussin.

Acara Membuat Kerubong Celorot dan Acara Bawa Bola Ping Pong Dalam Sudu bagi kategori ini menyaksikan Jauyah mengondol kejuaraan bagi kedua-dua pertandingan berkenaan.

Bagi kategori Berkumpulan, acara Menyusun Batu Bata telah dimenangi oleh kumpulan Houzen manakala acara Menarik Kawan Menggunakan Guni pula dimenangi oleh kumpulan Skaloi.

Selain itu acara Berjalan Menggunakan Selipar Gergasi bagi kategori ini pula telah dimenangi kumpulan Cok Ajak. Acara Lari Berganti-ganti menyaksi kumpulan Liga Ligo menjuarai acara terbabit.

Acara terakhir bagi kategori berkenaan iaitu Tarik Tali telah dimenangi oleh Kumpulan Houzen. Upacara penyampaian hadiah dan perasmian majlis telah disempurnakan oleh Penyelia Pejabat KEMAS Daerah Betong iaitu David anak Bunsu.

Terdahulu sebanyak 13 pasukan telah mengambil bahagian dalam Sukaneka Peringkat Kampung Melayu Betong terbabit. Hadir sama ialah Penghulu Kampung Melayu Betong, Haji Abang Zawawie bin Abang Rajit dan Ketua Kampung Hilir Betong, Segara bin Dukari.

Tamat.

No comments:

Post a Comment