Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

20 May, 2010

SK Muton Debak sambut meriah Hari Guru


Caption: SELAMAT HARI GURU...Jamali (tengah) bersama guru dan kakitangan sokongan SK Muton Debak ketika memotong kek sempena sambutan hari guru.


Oleh Saleman Senin,


DEBAK, Rabu (19 Mei) – Sambutan Perayaan Hari Guru Ke-39 dalam kawasan Betong dimeriahkan lagi dengan Majlis Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Sekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Muton. Debak kelmarin.

Guru Besar SK Muton, Debak iaitu Jamali bin Seman ketika berucap pada majlis itu mahu semua guru sekolah berkenaan untuk mengamalkan budaya kerja yang positif dan cemerlang ketika melaksanakan tugasan harian sebagai seorang pendidik.

Para guru SK Muton katanya harus sentiasa berfikiran positif dalam usaha menjayakan tranformasi diri disamping meningkatkan penjanaan pendidikan berkualiti yang berkemampuan sejajar dengan seruan Perdana Menteri sebelum ini.

“Tujuan kita mengadakan majlis ini ialah untuk memberi pendedahan kepada murid-murid mengenai maksud sambutan hari guru. Kita mahu para murid untuk menghargai jasa para guru dalam mendidik mereka selama ini.

“Bagaimanapun para murid juga berpeluang untuk meluahkan perasaan, pengertian dan ungkapan melalui luahan yang mereka persembahkan dalam apa jua cara yang mahukan,” menurut beliau.

Bertepatan dengan tema ‘Guru Pembina Negara Bangsa’, Jamali juga berharap agar para guru terus menjadi 'role model’ yang terus bersemangat dan beriltizam dalam memberikan komitmen yang tinggi untuk memastikan kejayaan murid-murid.

“Murid-murid pula hendaklah sentiasa memperkukuhkan disiplin dan jati diri dalam diri masing-masing. Ia penting bagi menjadikan mereka sebagai golongan berhemah dan berpekerti mulia ketika menerima tunjuk ajar yang diberi oleh para guru,” katanya.

Terdahulu majlis turut diserikan dengan memotong kek Hari Guru oleh semua guru dan kakitangan sokongan SK Muton. Jamali juga berkesempatan memberi cenderahati sebagai tanda terima kasih kepada semua guru-guru pada majlis berkenaan.

Tamat.


No comments:

Post a Comment