Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

06 May, 2010

SK Munggu Bringin bangga peroleh keputusan dalam deklamasi sajak



Caption: BANGGA...Clara bersama guru besarnya Isa Reff (kiri) sebaik sahaja tamat pertandingan tersebut.
SRI AMAN, Rabu (5 Mei) – Sekolah Kebangsaan (SK) Munggu Bringin, Pantu melahirkan rasa bangga berhubung pencapaian wakil pelajarnya dalam Pertandingan Sayembara Deklamasi Sajak Sekolah Rendah yang diadakan bersempena dengan sambutan Pesta Benak Bahagian Sri Aman 2010.

Menerusi Pertandingan Sayembara Deklamasi Sajak Sekolah Rendah terbabit murid Tahun 6 SK Munggu Bringin iaitu Clara Sari telah memperoleh kedudukan naib johan bagi kategori perempuan dalam pertandingan berkenaan.

“Pencapaian SK Munggu Bringin menerusi Clara membuktikan bahawa sekolah rendah dari kawasan luar bandar juga mampu menyerlah dan bersaing dengan sekolah di kawasan bandar dari segi apa jua pertandingan bercorak akademik dan kokurikulum.

“Walaupun tidak mendapat kedudukan johan bagi kategori perempuan, SK Munggu Bringin tetap bangga berhubung pencapaian beliau (Clara) dalam Pertandingan Sayembara Deklamasi Sajak Sekolah Rendah sempena sambutan Pesta Benak ini tadi,” menurut Guru Besar SK Munggu Bringin, Isa bin Reff.

Justeru Isa mahu semua murid SK Munggu Bringin untuk mencontohi kebolehan Clara yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah di peringkat bahagian menerusi pertandingan itu tadi.

Terdahulu seramai lima orang murid lelaki dan 11 orang murid perempuan dari sekolah rendah sekitar Daerah Sri Aman mengambil bahagian dalam Pertandingan Sayembara Deklamasi Sajak Sekolah Rendah yang diadakan pada sambutan hari ke-4 Pesta Benak Sri Aman 2010 di Pentas Sri Aman Kitchen Waterfront.

Pertandingan anjuran Pejabat Residen, Bahagian Sri Aman yang dikelolakan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Sri Aman ini menyaksikan Alex Den dari SK Aping muncul juara pertandingan terbabit bagi Kategori Lelaki.

Naib johan bagi Kategori Lelaki Pertandingan Sayembara Deklamasi Sajak Sekolah Rendah ini pula telah dimenangi oleh Mohd Syafiq bin Johari dari SK Bakong manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh Muhammad Amirnurdin dari SK Abang Aing.

Kategori perempuan menyaksikan Insyirah Rufaihah dari SK Abang Aing muncul johan bagi pertandingan itu sambil diikuti oleh Clara Sari dari SK Munggu Bringin dan April Anastasia anak Danial dari SK Temudok Kem yang menduduki tempat ke-2 dan ke-3 dalam pertandingan tersebut.

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang Pertandingan Sayembara Deklamasi Sajak Sekolah Rendah sempena sambutan Pesta Benak ini telah disempurnakan oleh Residen Bahagian Sri Aman, Abang Shamshuddin Abang Seruji.

Tamat.

No comments:

Post a Comment