Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

20 May, 2010

Sertai kejohanan bola Piala Harden dan Futsal Beting Maro

Special thanks to Zaidi Haji Ripin

SRI AMAN, Rabu (19 Mei) – 'Mamat Bola' di kawasan Sri Aman dan Betong Maro dipelawa untuk menyertai dua kejohanan bola yang akan berlangsung di kedua-dua kawasan terbabit pada penghujung bulan Mei ini dan Julai kelak.

Jurucakap penganjur, Zaidil Haji Ripin ketika dihubungi menjelaskan dua buah kejohanan ini adalah Pertandingan Futsal Belia Malaysia Kawasan N.24 Betong Maro dan Pertandingan Liga Bolasepak Piala YB Datuk Francis Harden Hollis, ADUN N.27 Simanggang.

“Pertama iaitu Pertandingan Futsal Belia Malaysia Kawasan N.24 Betong Maro akan berlangsung di Gelanggang Serbaguna Kampung Beladin, Pusa bermula 29 hingga 30 Mei ini.

“Orang ramai di kawasan Beting Maro dipelawa untuk menyertai pertandingan anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Parlimen P.201 Batang Lupar dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Gelanggang Serbaguna Kampung Beladin pada tarikh yang dinyatakan di atas,” katanya.

Manakala itu Pertandingan Liga Bolasepak Piala YB Datuk Francis Harden Hollis menurut beliau akan berlangsung pada bulan Julai ini nanti bertempat di Padang Lama Kementerian Pembangunan Sosial dan Urbanisasi Sri Aman dan Kompleks Sukan Sri Aman.

Bagaimanapun Pertandingan Liga Bolasepak Piala YB Datuk Francis Harden Hollis ini Zaidil telah diterhadkan penyertaannya kepada lapan buah pasukan dari sekitar Bahagian Sri Aman.

“Tujuan utamanya ialah untuk menghimpun semua belia dalam sama-sama menjayakan perlaksanaan Gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini.

“Pertandingan ini juga bertujuan untuk mewujudkan golongan belia Malaysia yang cergas dan sihat disamping mempunyai jati diri dalam diri masing-masing. Justeru diharap agar orang ramai tidak melepaskan peluang untuk menyertai kejohanan terbabit kelak,” katanya.

Justeru mereka yang berminat boleh menghubungi Wan Saperi Wan Abdullah di talian 0138015772, Zakaria Othman 0138236612, Tahir bin Ibrahim 0198583323 dan beliau sendiri di talian 0133855673 untuk tujuan pertanyaan lanjut.

“Hadiah berupa wang tunai, piala dan pingat bakal menanti pasukan yang bakal menyertai kedua-dua kejohanan ini kelak,” tambah beliau.

Tamat.

No comments:

Post a Comment