Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

05 May, 2010

Rakyat tunjang kekuatan BN - Simoi

Caption: SERTAI PBB...Tr Wilson Bada (kanan) menyerahkan borang permohonan keahlian PBB daripada 43 orang penduduk Gran B kepada Simoi (kiri) sambil disaksikan Bujang (tengah) dan Zaidil (dua kiri) pada majlis itu.

SRI AMAN, Selasa (4 Mei) – Kekuatan kerajaan yang didokong oleh Barisan Nasional (BN) bergantung sepenuhnya kepada peranan ketua kaum dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing terhadap rakyat selepas ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi binti Haji Peri berkata ketua kaum terutama sekali Tuai Rumah adalah amat penting dalam menerangkan segala dasar pembangunan kerajaan untuk rakyat di bawah pentadbiran masing-masing dari masa ke semasa.

“Selain ketua kaum, kekuatan kita juga bergantung sepenuhnya terhadap peranan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK), Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan jabatan kerajaan dalam menerangkan dasar kerajaan dan Gagasan 1Malaysia terhadap rakyat.

“Kita mahu rakyat sedar bahawa BN melakukan yang terbaik untuk memajukan hidup mereka sepanjang masa ini dan bukannya oleh pihak pembangkang yang hanya tahu melemparkan fitnah dan dakyah palsu semata-mata,” menurut beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program 1Malaysia Bersama Pemimpin 2010 bertempat di Rumah Wilson Bada, Kampung Gran B, Stumbin, Sri Aman kelmarin.

Selain itu Simoi juga mahu ketua kaum, JKKK, NGO dan jabatan kerajaan untuk sama-sama berusaha bagi menerapkan kesemua nilai Gagasan 1Malaysia dalam diri semua rakyat selepas ini.

“Usaha ini penting demi menyatupadukan semua rakyat berbilang kaum dalam negeri ini khususnya di Sri Aman bagi membolehkan perlaksanaan projek pembangunan oleh BN dari masa ke semasa.

“Justeru saya berharap agar semua lapisan rakyat dapat menerima Gagasan 1Malaysia dengan hati yang terbuka agar matlamat kemajuan menjelang tahun 2020 dapat dicapai sepenuhnya oleh kerajaan di masa akan datang,” katanya.

Hadir sama ialah Pegawai Daerah Sri Aman, Bujang Haji Budin, Pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Parlimen P.201 Batang Lupar, Zaidil Haji Ripin, para pegawai kerajaan, wakil jabatan, ketua kaum, pengerusi persatuan dan ahl Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dalam daerah ini.

Simoi pada majlis itu telah menyampaikan geran yang mencatatkan nilai antara RM1,500 hingga RM1,000 untuk tujuan sambutan Gawai Dayak 2010 kepada 19 buah JKKK dalam kawasan Gran / Stumbin.

Beliau juga turut mengumumkan peruntukan bernilai RM5,000 untuk Rumah Panjang Batu Lapan disamping mengumumkan berita gembira mengenai kelulusan projek pembinan jalan yang menghubungi Rumah Panjang Bungkong Belok bagi tahun ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment