Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

05 May, 2010

Program 1Malaysia di Gran B meriah




Caption:

1. SERONOK...Gelagat para penduduk yang sedang menyertai acara Sukaneka Rakyat yang berlangsung pada majlis itu.

2. TAHNIAH...Zaidil (kiri) sedang menyampaikan hadiah berupa hamper kepada seorang penerima ketika berlangsungnya program terbabit di Rumah Wilson Bada.


original pic by Sulaiman Amut, JASA



SRI AMAN, Selasa (4 Mei) – Seramai 500 orang penduduk dari kawasan Gran Stumbin hadir bagi memeriahkan Program 1Malaysia Bersama Pemimpin 2010 bertempat yang berlangsung Rumah Wilson Bada, Kampung Gran B, Stumbin, Sri Aman kelmarin.

Program anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Sarawak DUN N.20 Lingga dengan kerjasa Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Wilson Bada, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) cawangan N.23 Lingga ini bermula dari jam 10 pagi hingga 5 petang.

Objektif program yang bertujuan untuk menerangkan Gagasan 1Malaysia kepada rakyat supaya matlamat gagasan ini tercapai sehingga ke akar umbi disamping mengeratkan lagi hubungan tali silaturahim antara pemimpin itu telah diserikan dengan pelbagai acara menarik.

Antara aktiviti yang berlangsung pada program berkenaan adalah pembukaan kaunter dan pameran oleh lima buah jabatan kerajaan dalam daerah Sri Aman iaitu Jabatan Tenaga Kerja, Jabatan Belia dan Sukan, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Tanah dan Survei serta Jabatan Kesihatan.

Turut diadakan pada Program 1Malaysia Bersama Pemimpin 2010 berkenaan ialah majlis perasmian Program 1Malaysia Bersama Pemimpin 2010 yang bermula pada jam 2.30 petang.

Menerusi majlis itu Pengerusi JKKK Gran B, Wilson Bato dan Pegawai JASA Parlimen P.201 Batang Lupar, Zaidil Haji Ripin telah menyampaikan amanat masing-masing sebelum Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Hajah Simoi Haji Peri menyampaikan amanat perasmian majlis berkenaan.

Program terbabit kemudianya diserikan dengan Persembahan Kebudayaan Tarian 1Malaysia, Penyampaian Geran untuk Perayaan Gawai kepada 19 buah JKKK dalam kawasan Gran Stumbin dan penyampaian cenderahati kepada tetamu undangan khas.

Pada akhir penganjuran program ini kesemua penduduk telah mengambil bahagian dalam aktiviti Senam Cergas Komuniti DUN Lingga bersama Pemimpin, Sukaneka Rakyat ( Lima acara / 15 buah hamper) dan Cabutan Tiket Nama Bertuah (Lapan buah hamper) bermula jam 5 petang sebelum ia berakhir sejam kemudian.

Tamat.

No comments:

Post a Comment