Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 May, 2010

Polis cekup budak simpan pil di Pusa, Betong

SRI AMAN, Sabtu (8 Mei) – Pihak polis telah bertindak menahan dua orang pelajar dari sebuah sekolah menengah dalam kawasan Pusa, Betong berhubung kesalahan memiliki pil di bawah akta 30(3) AKTA RACUN 1952 pada 5 Mei dan 7 Mei lalu.

Dalam kes pertama pada 5 Mei lalu, polis telah bertindak menahan seorang pelajar lelaki tingkatan dua dari sekolah menengah berkenaan kerana memiliki sejumlah empat biji pil Psikotropik pada usia 14 tahun.

“Tangkapan terhadap pelajar terbabit telah dibuat oleh sepasukan anggota polis dari Balai Polis Pusa bersama dengan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik berhubung kes berkenaan,” menurut satu kenyataan dari Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Betong yang diemail kepada Utusan Sarawak hari ini.

Manakala itu tangkapan kedua pula telah dilakukan terhadap seorang pelajar lelaki tingkatan lima dari sekolah menengah yang sama pada 7 Mei lepas berhubung kesalahan memiliki pil Psikotropik tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Pelajar berusia 18 tahun berkenaan menurut pihak polis telah ditahan kerana memiliki sejulah 20 biji pil Psikotropik dan seterusnya ditahan di lokap Balai Polis Betong kerana kesalahan memiliki barang terlarang tanpa kebenaran pihak berkuasa menerusi Akta 30 (3) Akta Racun 1952.

“Keadaan sebegini amat membimbangkan dan dikhuariti akan melunar dikalangan pelajar sekolah yang lain sekiranya tidak dibendung pada peringkat awal oleh pihak yang berwajib.

“Pihak sekolah haruslah memainkan peranan penting dalam mengawal aktiviti pelajar masing-masing berhubung isu ini,” katanya sambil menambah pihak polis sedang melakukan siasatan lanjut bagi mengesan sindiket yang terlibat dalam penjualan pil terbabit dikalangan pelajar sekolah.

Tamat.

No comments:

Post a Comment