Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 May, 2010

Pertahankan wakil rakyat BN anda - Masir



Caption: ADAT...Masir (duduk tengah) ketika berlangsungnya upacara miring sempena majlis makan malam mantar Gawai Dayak di sini.

SRI AMAN, Ahad (9 Mei) – Rakyat diseru untuk mempertahankan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di kawasan masing-masing menjelang pilihan raya negeri atau umum ini nanti.

Ahli Parlimen Sri Aman, Masir anak Kujat berkata semua wakil rakyat BN di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen milik BN harus dipertahankan oleh rakyat agar masalah mereka sentiasa didengar oleh kerajaan dari masa ke semasa.

“Rakyat harus bersatu hati menjelang pilihan raya akan datang. Jangan terlalu mengikut rasa kecewa dan mendengar telunjuk kata sesetengah pihak yang mahu melihat BN kalah di kerusi DUN atau parlimen yang dipegang oleh kita selama ini.

“Kekalahan wakil rakyat BN di kawasan mereka boleh mendatangkan kesan negatif terhadap hidup rakyat terutama sekali terhadap langkah penyelesaian masalah dan perlaksanaan projek pembangunan untuk rakyat di kawasan terbabit selepas itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Makan Malam Mantar Gawai Dayak 2010 anjuran Parti Rakyat Sarawak (PRS) N.27 Simanggang bertempat di Dewan Suarah Sri Aman malam tadi.

Selain itu Masir juga mahu semua rakyat untuk sama-sama membantu kerajaan BN menjayakan segala projek pembangunan yang sedang dilaksanakan dalam negeri ini pada masa sekarang.

“Kejayaan perlaksanaan projek pembangunan yang mendatangkan keuntungan dalam negeri ini bergantung sepenuhnya di tangan rakyat itu sendiri lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya ini nanti.

“Dengan kata lain menang kalah BN akan membantutkan segala projek pembangunan dalam negeri kita selepas ini. Justeru rakyat harus berdiri teguh menyokong wakil rakyat BN masing-masing agar usaha pembangunan dalam negeri ini tidak terhalang di masa akan datang,” menurut beliau.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak, ADUN Engkilili, Dr Johnnical Rayong anak Ngipa, Pemanca Samuel Lawen, Pembantu Khas kepada Ahli Parlimen Sri Aman, Abah Unggie, para pegawai kerajaan dan penduduk dalam kawasan ini.

Majlis Makan Malam Mantar Gawai Dayak 2010 ini diserikan lagi dengan jamuan makan malam, persembahan kugiran oleh kumpulan SDNU Simanggang, lagu tajaan dan cabutan tiket bertuah.

Tamat.

No comments:

Post a Comment