Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

18 May, 2010

Peranan Tuai Rumah diperlukan - Rayong


Caption: PENGHARGAAN... Rayong (tiga kanan) menyampaikan cenderahati kepada Peggy Verra atas sumbangan menjadi hakim dalam pertandingan Kumang dalam majlis itu. Turut kelihatan ialah Nyalau (dua kanan)

ENGKILILI, Selasa (18 Mei) – Kerajaan amat memerlukan peranan ketua kaum terutama sekali Tuai Rumah (Ketua Kampung) dalam mengetahui masalah hidup rakyat di kawasan masing-masing dari masa ke semasa.

Dengan kata lain Tuai Rumah adalah merupakan aset penting kerajaan dalam membangunan hidup rakyat di seluruh kawasan dalam negeri ini dari masa ke semasa demikian menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Engkilili, Dr Johnical Rayong anak Ngipa.

“Ketua kaum adalah merupakan aset penting milik kerajaan bagi mendapatkan sebarang maklumbalas berhubung perlaksanaan sesebuah program atau projek pembangunan di kawasan rakyat

“Atas sebab ini kerajaan mahu Tuai Rumah untuk sentiasa turun padang bagi meninjau masalah rakyat bawah jagaan masing-masing agar pihak kita dapat melaksanakan projek pembangunan untuk mereka sepanjang masa,” menurut beliau.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Merarau Pra–Gawai Skim Skrang 2010 bersempena dengan Pertandingan Kumang Gawai anjuran Biro Wanita Skim Skrang di Balai Raya Skim Skrang, Engkilili baru-baru ini.

Selain itu Rayong juga mahu Tuai Rumah lebih serius untuk mendaftarkan rakyat yang layak mendapat bantuan dari program E-Kasih dan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Kegagalan berbuat demikian katanya akan menyebabkan rakyat menuduh wakil rakyat gagal melaksanakan tanggungjawab masing-masing untuk membela dan menaiktaraf hidup mereka selepas itu.

“Perkara ini akan menjadi isu jika wakil rakyat dituduh gagal melaksanakan tugas untuk membela dan menaiktaraf kebajikan hidup rakyat di semua kawasan DUN masing-masing.

“Tuai Rumah harus menyedari perkara ini. Justeru saya meminta Tuai Rumah untuk lebih kerap menjalin hubungan kerjasama dengan wakil rakyat di kawasan masing-masing demi mengelak berlakunya perkara terbabit di masa akan datang,” katanya.

Majlis Merarau Pra–Gawai Skim Skrang 2010 bersempena dengan Pertandingan Kumang Gawai anjuran Biro Wanita Skim Skrang di Balai Raya Skim Skrang, Engkilili ini telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak.

Tamat.


No comments:

Post a Comment