Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 May, 2010

Penduduk Sri Aman dipelawa 'tegur' RTM - Sulaiman


Caption: TAHNIAH...Sulaiman (tengah) ketika menyampaikan cabutan tiket bertuah kepada Fong ketika berlangsungnya Program Rakaman Pentas Gawai malam tadi.

SRI AMAN, Sabtu (22 Mei) – Penduduk di kawasan Sri Aman dan Betong dipelawa untuk memberi kritikan atau cadangan bernas kepada pihak RaSA FM, Radio Televsyen Malaysia (RTM) Sri Aman selepas ini.

Pengurus Stesen Penyiaran RTM Sri Aman, Abang Sulaiman Haji Abang Joh berkata kritikan dan cadangan bernas daripada pendengar adalah amat penting demi memperbaiki atau mempertingkatkan mutu perkhidmatan stesen RaSA FM dari masa ke semasa.

“Sebenarnya kami di sini menganggap bahawa stesen RaSA FM (RTM Sri Aman) adalah milik anda semua (penduduk Sri Aman dan Betong).

“Oleh yang demikian anda semua dipelawa untuk memberi sebarang komen terhadap pihak RTM Sri Aman agar kami dapat mempertingkatkan mutu perkhidmatan yang lebih baik untuk semua pendengar setia siaran radio ini di masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Rakaman Pentas Gawai anjuran Bahagian Rancangan Iban, RTM Sri Aman bertempat di Dewan Auditorium, RTM Sri Aman malam tadi.

Sementara itu Sulaiman juga memberi jaminan bahawa RTM Sri Aman akan terus turun mengadakan program rakaman seperti Program Pentas Gawai untuk mana-mana perayaan yang berkaitan dengan kaum utama selepas ini.

“Paling penting ialah wujudnya semangat kerjasama dikalangan semua kakitangan RTM Sri Aman untuk menjayakan penganjuran mana-mana program bercorak perayaan utama bagi sepanjang tahun ini nanti.

“Moga-moga Program Rakaman Pentas Gawai RTM Sri Aman ini dapat mengeratkan lagi hubungan perpaduan dan tali silaturahim dikalangan semua kakitangan serta penduduk berbilang kaum dalam kawasan Sri Aman,” katanya.

Hadir sama ialah pemangku Ketua Bahagian Rancangan, Ruth Apong, Penolong Jurutera RTM Sri Aman, Fong Nyat Ling, warga kerja RTM Sri Aman dan para penduduk dari sekitar bandar Sri Aman.

Tamat.


No comments:

Post a Comment