Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 May, 2010

Pelajar jayakan program mentoring di SK Melaban


Caption: KENANGAN...Zainie (lima kiri) bergambar kenang-kenangan dengan guru-guru Kolej PTLP dan SK Melaban termasuk pelajar dalam program itu itu.

LUBOK ANTU, Khamis (13 Mei) – Seramai 24 orang pelajar dan empat guru pengiring yang diketuai oleh Siti Rohaya Mahmud serta Eleen Enggong telah mengadakan aktiviti kemasyarakatan melalui program Mentoring Bersama Komuniti bertempat di SK Melaban, Lubuk Antu baru-baru ini.

Eleen ketika ditemui menjelaskan bahawa program mentoring bertujuan untuk mendedahkan kepada para pelajar mengenai aktiviti kemasyarakatan disamping membentuk sifat keprihatinan para pelajar dalam menghayati gagasan 1Malaysia.

“Program ini juga bertujuan untuk mengurangkan kesusahan yang ditanggung oleh masyarakat luar bandar di samping memberi pendedahan kepada pelajar tentang pentingnya sikap kerjasama tanpa mengira kaum.

“Justeru diharap agar program ini dapat melahirkan golongan generasi yang berketrampilan dan bersatu-padu demi merealisasikan perlaksanaan Gagasan 1Malaysia yang diperkenal oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini,” menurut beliau.

Bagi menjayakan Mentoring Bersama Komuniti terbabit pihaknya kata Eleen telah mengadakan pelbagai aktiviti antaranya ialah memberi sumbangan berupa barang keperluan sekolah dan asrama serta buku rujukan untuk para pelajar di situ.

“Pihak kami menerusi Mentoring Bersama Komuniti ini juga turut mengadakan aktiviti gotong-royong membersih dan mencantikkan kawasan sekolah serta asrama murid di SK Melaban.

“Malahan program Mentoring Bersama Komuniti ini juga turut diselitkan dengan aktiviti melawat rumah panjang yang terdapat di sekitar kawasan Lubuk Antu dan ke Sarawak Hidroelektrik Energy Batang Ai di sini,” katanya.

Terdahulu majlis perasmian Mentoring Bersama Komuniti anjuran oleh Kolej PTPL Sarawak itu telah disempurnakan oleh Exco Pergerakan Pemuda Pusat Parti Rakyat Sarawak (PRS), Zainie Aji selaku mewakili Ahli Parlimen Lubok Antu William Nyalau anak Badak.

Tamat.

No comments:

Post a Comment