Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 May, 2010

Nanti siaran rakaman Pentas Gawai 1 dan 2 Jun ini - Ruth Apong


Caption: POT PET POT PET...Juruhebah Bahagian Iban, RTM Sri Aman iaitu Edwin Nanggah (kanan) ketika bersama Ruth (kiri) mengacarakan program berkenaan malam tadi.

SRI AMAN, Sabtu ( 22 Mei) – Sambutan Perayaan Gawai Dayak di Sri Aman bakal diserikan lagi dengan siaran rakaman Program Pentas Gawai Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sri Aman 2010 pada 1 dan 2 Jun ini nanti.

Pemangku Ketua Bahagian Rancangan (KBR) RTM Sri Aman, Ruth Apong berkata rakaman program terbabit akan disiarkan ke udara untuk para pendengar di sini menerusi stesen radio RaSA FM (RTM Sri Aman) dan WAI FM pada tarikh yang dinyatakan di atas.

“Pada hari pertama sambutan Gawai Dayak (1 Jun), para penduduk Sri Aman termasuk Betong akan dapat mendengar siaran rakaman Program Pentas Gawai RTM Sri Aman dari jam 2 petang hingga 3 petang menerusi frekuansi 89.5 Megahertz, radio RaSA FM.

“Manakala itu pada hari kedua sambutan perayaan ini pula (2 Jun), semua pendengar dalam negeri ini akan dapat siaran mendengar siaran rakaman program terbabit bermula dari jam 1 petang hingga 2 petang menerusi frekuansi 101.3 Megahertz, radio WAI FM,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Rakaman Pentas Gawai anjuran Bahagian Rancangan Iban, RTM Sri Aman bertempat di Dewan Auditorium, RTM Sri Aman malam tadi.

Justeru Ruth berharap agar para pendengar setia radio RaSA FM tidak melepaskan peluang untuk memeriahkan suasana sambutan perayaan Gawai Dayak di kawasan masing-masing dengan mendengar siaran rakaman ini menerusi masa yang dinyatakan.

Hadir sama ialah pemangku Ketua Bahagian Rancangan, Ruth Apong, Penolong Jurutera RTM Sri Aman, Fong Nyat Ling, warga kerja RTM Sri Aman dan para penduduk dari sekitar bandar Sri Aman.

Program Rakaman Pentas Gawai RTM Sri Aman yang berlangsung dengan meriah di Dewan Auditorium RTM Sri Aman telah bermula seawal jam 8 malam hingga 9.30 malam tadi.

Tamat.



No comments:

Post a Comment