Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 May, 2010

Musim Gawai di Betong sudah bermula




Caption: BERMINAT...Mahli ketika sedang meninjau gerai jualan beraneka yang diadakan sempena sambutan pra Gawai di Betong kelmarin.


Oleh Saleman Senin, PPD Betong


BETONG, Ahad (9 Mei) – Kemeriahan sambutan perayaan Gawai Dayak tahun ini di Betong sudah bermula dengan adanya perlaksanaan pelbagai program oleh pihak Jawatankuasa Sambutan Karnival Gawai Dayak 2010 Peringkat Bahagian Betong di sini bermula kelmarin.

Dengan bertemakan Aram Meh Kitai Segulai Sejalai, pihak Jawatankuasa Sambutan Karnival Gawai Dayak 2010 Peringkat Bahagian Betong telah mengadakan Pertandingan Menyumpit, Pertandingan Ai Tuak, Pertandingan Ngajat Iban, Pertandingan Badminton dan Gerai Jualan Beraneka.

Berlangsung di Dewan Panglima Rentap Betong, aktiviti anjuran Jawatankuasa Sambutan Karnival Gawai Dayak 2010 Peringkat Bahagian Betong ini telah bermula seawal jam 8 pagi dengan penyertaan pelbagai jabatan dan orang perseorangan pada aktiviti itu kelmarin.

Ratusan penduduk Betong tidak melepaskan peluang masing-masing untuk melihat dan membeli pelbagai produk yang dijual pada gerai berkenaan antaranya ialah makanan, produk kraftangan seperti tenuan pua kumbu, pakaian adat resam, anyaman dan pelbagai lagi.

Malahan penduduk Betong juga tidak ketinggalan untuk menyaksikan Pertandingan Menyumpit, Pertandingan Ai Tuak, Pertandingan Ngajat Iban dan Pertandingan Badminton yang diadakan di luar dewan tersebut.

Pejabat Pelajaran Daerah Betong yang turut membuka gerai dalam aktiviti anjuran Jawatankuasa Sambutan Karnival Gawai Dayak 2010 Peringkat Bahagian Betong turut menerima kunjungan penduduk di kawasan berkenaan.

Terdahulu aktiviti anjuran Jawatankuasa Sambutan Karnival Gawai Dayak 2010 yang berlangsung di Dewan Panglima Rentap Betong ini telah dirasmikan oleh Residen Bahagian Betong, Datu Romie Sigan Daniel pada jam 9 pagi.

Hadir sama ialah Pegawai Pelajaran Daerah Betong, Mahli bin Rosli, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Betong, Vevien Mujah dan para ketua unit serta kakitangan Pejabat Pelajaran Daerah Betong.

Tamat.

No comments:

Post a Comment