Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

07 May, 2010

MSS Samarahan dominasi Takraw MSS Sarawak




Caption:

1. KAMI JUARA...Pasukan MSS Bahagian Samarahan muncul juara kategori Regu 18 TKB pada kejohanan terbabit.

2. UNTUK ALBUM...Pasukan yang terpilih untuk mewakili kontijen Sarawak ke kejohanan peringkat kebangsaan yang akan berlangsung pada 7 hingga 12 Jun di Kelantan bergambar kenangan setelah selesai kejohanan terbabit.

BETONG, Jumaat (7 Mei) – Pasukan Majlis Sukan Sekolah (MSS) Bahagian Samarahan muncul juara Kategori Berpasukan 18 tahun Ke Bawah (TKB) bagi Kejohanan Sepak Takraw MSS Sarawak 2010 yang berlangsung di Stadium Mini Betong hari ini.

Pasukan MSS Samarahan muncul juara setelah berjaya menewaskan pasukan MSS Kuching dengan kemenangan set 2- 0 pada aksi perlawanan peringkat akhir yang berlangsung di stadium berkenaan.

Manakala itu pasukan tuan rumah iaitu MSS Bahagian Betong telah berjaya memperoleh kedudukan tempat ke-3 dalam kategori ini setelah berjaya menundukkan saingan pasukan MSS Bahagian Miri dengan kemenangan set 2-0.

Kategori acara Regu 18 TKB sekali lagi menyaksikan pasukan MSS Bahagian Samarahan merangkul kedudukan juara setelah berjaya menewaskan pasukan MSS Miri dalam perlawanan akhir set kemenangan 2 - 1.

Tempat ketiga bagi kategori ini pula telah dimenangi oleh pasukan MSS Bahagian Kuching setelah berjaya menewaskan pasukan MSS Bahagian Kapit dengan kemenangan set 2-1.

Sementara itu Kategori Regu 15 KTB menyaksikan pasukan MSS Bahagian Kuching B berjaya memperoleh kedudukan johan setelah menewaskan pasukan MSS Bahagian Kuching A pada aksi perlawanan akhir dengan kemenangan set 2-1.

Manakala itu pasukan tuan rumah iaitu MSS Bahagian Betong pula tumpas di tangan pasukan MSS Miri menerusi set perlawanan 2-0 Regu dalam perlawanan merebut tempat ke-3 bagi kategori tersebut.

Nasib menyebelahi pasukan MSS Bahagian Betong apabila berjaya muncul juara bagi Kategori 12 TKB bagi acara Berpasukan setelah menewaskan pasukan MSS Bahagian Kuching dan Samarahan yang menduduki tempat ke-2 serta ke-3 dalam kategori ini.

Kategori Regu 12 TKB pula menyaksikan pasukan MSS Bahagian Kuching muncul juara setelah berjaya menewaskan pasukan MSS Betong dengan kemenangan set 2-0 pada perlawanan akhir di Sekolah Menengah Vokasional Betong itu.

Majlis penyampaian hadiah kepada pasukan pemenang dan penangguhan rasmi kejohanan ini telah Kejohanan Sepak Takraw MSS Sarawak 2010 ini telah disempurnakan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Betong, Mahli bin Rosli.

Sejumlah enam buah pasukan menyertai Kejohanan Sepak Takraw MSS Sarawak 2010 yang berlangsung dari 5 Mei hingga 7 Mei antaranya ialah pasukan MSS Miri, Kuching, Samarahan, Mukah, Kapit dan Betong.



Tamat.

No comments:

Post a Comment