Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 May, 2010

Kerajaan BN fokus pembangunan luar bandar - Nyalau


Caption: UNTUKMU...Nyalau (empat kanan) ketika menerima cenderamata daripada Yang Dipertua PIBG Sk Sedarat, Mohd Dzulfakhri bin Abdullah (dua kiri) dalam majlis itu.

ENGKILILI, Ahad (23 Mei) - Kerajaan Negeri sentiasa memberikan fokus utama terhadap perlaksanaan projek pembangunan yang mampu mendatangkan faedah serta kebaikan terhadap semua penduduk di kawasan dalam dan luar bandar di negeri ini.

Ahli Parlimen Lubok Antu, William Nyalau anak Badak berkata, pihak kerajaan telah mengadakan pelan dan perancangan strategik pembangunan yang begitu teliti sebelum ia dilaksana di sesuatu kawasan terbabit secara menyeluruh.

“Pihak kerajaan tidak akan melaksanakan sesuatu projek pembangunan yang tampak begitu jelas sekali tidak akan mendatangkan sebarang keuntungan serta faedah kepada penduduk tempatan dalam negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pra Gawai Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Sedarat dalam daerah kecil Engkilili, Sri Aman malam kelmarin.

Selain itu Nyalau juga menasihatkan penduduk dari kawasan luar bandar untuk sentiasa bersabar sekiranya mereka ingin menikmati faedah daripada perlaksanaan sesuatu projek pembangunan selepas ini.

“Kesabaran adalah sikap yang perlu ada dalam diri setiap penduduk tempatan yang masih menetap di kawasan luar bandar dalam negeri ini memandangkan kerajaan tidak akan sama sekali mengabaikan kebajikan mereka pada masa akan datang.

“Cuma apa paling penting sekarang ialah para penduduk tempatan di kawasan luar bandar terus memberikan sokongan terhadap komponen parti Barisan Nasional (BN) supaya kebajikan mereka ini tidak akan terabai dari masa ke semasa,” katanya.
.
Nyalau menerusi majlis itu telah menyampaikan cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) bernilai RM5,000 kepada SK Sedarat dan manakala Rm5,000 kepada SK San Semanju.

Tamat....


No comments:

Post a Comment