Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

05 May, 2010

Kelab Line Dance Simanggang lawat Line Dance Saratok




Caption:

1.UNTUK U MAA...Ling (kiri) ketika menerima cenderamata daripada Syak (kanan) pada sesi lawatan berkenaan.

2.MALI BEGAMBA BESAMA-SAMA LEI...Kelab Line Dance Pergerakan Wanita SUPP Simanggang dan Saratok bergambar kenangan sebaik sahaja tamat sesi lawatan berkenaan.

SRI AMAN, Selasa (4 Mei) – Kelab Line Dance Pergerakan Wanita Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) cawangan Simanggang telah mengadakan lawatan Kelab Line Dance Pergerakan Wanita SUPP cawangan Saratok baru-baru ini.

Lawatan kelab berkenaan Kelab Line Dance Pergerakan Wanita SUPP cawangan Saratok telah disertai oleh seramai 30 orang ahli yang diketuai oleh Ketua Pergerakan Wanita SUPP cawangan Simanggang iaitu Ling Siew Hung.

Menerusi lawatan berkenaan kedua-dua pihak telah bekerjasama untuk memantapkan lagi taktik tarian Line Dance yang mula menjadi ikutan para penduduk dari kedua-dua daerah semenjak kebelakangan ini.

Sambil disertai oleh 100 orang penduduk awam dari kawasan Saratok, kedua-dua kelab telah mengambil peluang untuk mengajar mereka tentang langkah tarian Line Dance yang berkesan selepas ini.

Ling ketika ditemui berkata lawatan Kelab Line Dance SUPP cawangan Simanggang ke Kelab Line Dance SUPP cawangan Saratok telah membolehklan semua ahli untuk menimba pengalaman berharga setelah selesai lawatan terbabit.

Katanya, kesemua 30 orang ahli Kelab Line Dance SUPP cawangan Simanggang sempat beramah-mesra dan merapatkan hubungan silatuharim bersama ahli Kelab Line Dance SUPP cawangan Saratok pada sesi lawatan itu.

“Ia juga secara tidak langsung dapat mewujudkan hubungan kerjasama di antara Unit Pergerakan Wanita bagi SUPP cawangan Simanggang dan Saratok selepas ini.

“Dengan adanya hubungan terbabit, kedua-dua pihak tidak akan menghadapi sebarang masalah untuk membantu jentera parti dalam mengendalikan urusan politik dan soal kebajikan hidup penduduk di masa akan datang,” menurut beliau.

Ling menerusi sesi lawatan berkenaan telah menerima cenderamata kenang-kenangan daripada Ketua Pergerakan Wanita bagi SUPP cawangan Saratok iaitu Syak Yak Min sebelum kesemua mereka bersurai.

Tamat.

No comments:

Post a Comment