Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

17 May, 2010

Kancil langgar motorsikal di Betong.


Caption: MALANG…Motorsikal milik mangsa terperosok di bawah kenderaan milik seorang wanita ketika berlakunya kemalangan terbabit.
oleh Saleman Senin

BETONG, Jumaat (14 Mei) – Seorang lelaki telah mengalami kecederaan di bahagian kaki kanan setelah motorsikal yang ditunggang oleh mangsa dilanggar oleh kenderaan Perodua Kancil yang dipandu oleh seorang wanita di sini petang kelmarin.

Kemalangan di antara penunggang motorsikal dan pemandu kereta terbabit berlaku di kawasan persimpangan Jalan Rentap berdekatan dengan bangunan lama Balai Polis Betong sekitar jam 2.10 petang.

Sumber dari tempat kejadian memberitahu bahawa kemalangan tersebut dipercayai terjadi apabila pemandu kereta berkenaan teragak-agak untuk keluar dari persimpangan jalan ketika mangsa mahu memasuki simpang jalan pemandu kereta berkenaan.

“Wanita terbabit dipercayai sedang dalam perjalanan menuju ke pejabat Majlis Daerah Betong sebelum berlakunya kejadian kemalangan terbabit.

“Beliau seharusnya berhenti dahulu di simpang jalan sebelum memandu masuk. Bagaimanapun beliau gagal berbuat demikian sehingga kereta yang dipandu olehnya bertembung dengan motorsikal yang secara kebetulan ingin memasuki simpang jalan terbabit,” menurut sumber.

Pertembungan terbabit kata sumber telah menyebabkan mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan di kawasan kaki kananya.

Orang ramai yang secara kebetulan dalam perjalanan untuk pergi ke pejabat kata sumber kemudiannya bertindak memberi pertolongan kepada mangsa kemalangan tersebut sebelum pihak polis tiba untuk membuat siasatan lanjut.

“Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Bahagian Betong bagi tujuan rawatan lanjut. Difahamkan bahawa wanita terbabit telah menyatakan persetujuannya untuk membayar ganti rugi terhadap mangsa berhubung kemalangan tersebut,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment