Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

12 May, 2010

Kanak-kanak meriahkan Pertandingan Memberus Gigi Tabika Sri Aman




Caption:

1. TAHNIAH...Para pemenang bergambar kenangan bersama tetamu jemputan khas sebaik sahaja tamat pertandingan tersebut.

2. GHAIRAH...Sebahagian daripada gelagat kanak-kanak yang mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.

Original source by Sebastian Nicholas n Sulaiman Amut

SRI AMAN, Khamis (13 Mei) – Seramai 42 orang kanak-kanak menerusi tujuh buah kelas Taman Bimbingan Kanak-Kanak atau Tabika dari sekitar kawasan Sri Aman mengambil bahagian dalam Pertandingan Memberus Gigi dan Mewarna Antara Tabika Perpaduan Bahagian Sri Aman di sini kelmarin.

Tujuh buah tabika ialah Tabika Perpaduan Kampung Hilir, Tabika Perpaduan Kampung Hulu, Tabika Perpaduan Taman Siang, Tabika Perpaduan RPR Sri Aman, Tabika Taman Srijaya, Tabika Perpaduan Taman Srijaya Cempaka dan Tabika Kampung Hilir Alamanda.

Pertandingan Memberus Gigi dan Mewarna Antara Tabika Perpaduan Bahagian Sri Aman yang berlangsung pada jam 9 pagi di Tabika Perpaduan Kampung Hilir Alamanda Sri Aman itu adalah merupakan anjuran Jabatan Kesihatan Pergigian Bahagian Sri Aman.

Jurucakap penganjur pertandingan anjuran Jabatan Kesihatan Pergigian Bahagian Sri Aman yang berlangsung di Tabika Kampung Hilir Alamanda ini bertujuan untuk mendedahkan aspek kesihatan penjagaan gigi dikalangan kanak-kanak.

“Kanak-kanak perlu didedahkan mengenai aspek penjagaan gigi yang betul pada peringkat awal usia mereka supaya ia menjadi amalan yang berterusan dalam diri masing-masing apabila sudah dewasa kelak.

“Malahan program terbabit juga secara tidak langsung boleh meningkatkan kesedaran dalam diri kanak-kanak tentang betapa perlunya menjaga kesihatan gigi pada peringkat awal usia masing-masing selepas ini,” katanya.

Selain itu Pertandingan Memberus Gigi dan Mewarna Antara Tabika Perpaduan Bahagian Sri Aman ini menurut beliau juga sekaligus dapat merapatkan lagu semangat muhibah dan perpaduan di antara agensi kerajaan dalam daerah ini.

Terdahulu Tabika Kampung Hilir Alamanda Sri Aman berjaya membawa pulang berupa Piala Pusingan dan Piala Iringan setelah muncul sebagai pemenang keseluruhan bagi Pertandingan Memberus Gigi dan Mewarna Antara Tabika Perpaduan Bahagian Sri Aman berkenaan.

Hadir sama ialah Pegawai Pergigigan Bahagian Sri Aman, Dr Roslina Mohd Fadzillah Mah, Pengerusi Promosi Kesihatan Pergigian Bahagian Sri Aman, Giris Noek, Penolong Pegawai Perpaduan dan Integrasi Nasional Bahagian Sri Aman, Owi Bee Siew, para ibubapa kanak-kanak dan para kakitangan kerajaan di sini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment