Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

07 May, 2010

Kampung Baru Hulu Betong anjur program senam hujung minggu


Caption: AMAL HIDUP SIHAT...Para penduduk Kampung Baru Hulu Betong bergambar kenangan sebaik sahaja tamat Program Senaman Hujung Minggu di sini.

BETONG, Selasa (11 Mei) - Kampung Baru Hulu Betong telah menyahut seruan amalan hidup sihat dan cergas oleh kerajaan apabila seramai 150 orang penduduk kampung terbabit mengambil bahagian dalam Program Senam Hujung Minggu di sini kelmarin.

Program Senam Hujung Minggu yang membabtikan penduduk kampung terbabit telah bermula seawal jam 7 pagi bertempat di perkarangan hadapan Surau Kampung Baru Hulu Betong.

Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong, Fitri bin Mansor ketika ditemui berkata program ini bertujuan untuk mengalakkan penyertaan penduduk dalam aktiviti kecergasan dan amalan sihat bagi diri masing-masing dari masa ke semasa.

“Program Senam Hujung Minggu terbabit juga bertujuan untuk menyahut seruan kerajaan dalam meningkatkan kesedaran penduduk tentang kepentingan amalan hidup cergas dan sihat dikalangan diri masing-masing.

“Justeru diharapkan agar program ini dapat mencegah penduduk dari mudah menghidap pelbagai penyakit yang disebabkan oleh kekurangan amalan kesihatan dan kecergasaan dalam diri mereka selepas ini,” katanya.

Selain itu Program Senam Hujung Minggu ini kata Fitri juga secara tidak langsung dapat membantu kerajaan untuk menjayakan misi 1Belia 1Malaysia di kalangan penduduk Betong.

“Insyallah kejayaan perlaksanaan Program Senam Hujung Minggu berkenaan akan mendorong pihak kerajaan untuk melaksana lebih banyak program seperti ini demi menjayakan matlamat kerajaan berhubung perkara terbabit pada masa akan datang,” katanya.

Hadir sama ialah Ketua Kampung Baru Hulu Betong, Wan Ahmad Wan Chee dan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Baru Hulu Betong, Wan Boehana Haji Wan Omar.

Program Senam Hujung Minggu di di perkarangan hadapan Surau Kampung Baru Hulu Betong ini telah dikendalikan oleh juru tunjuk senam program berkenaan iaitu Abang Ahmad Abang Subeli.

Tamat.

No comments:

Post a Comment