Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

07 May, 2010

JKKK Kampung Masjid Betong tubuh blog


Caption: MENARIK...Logo yang terdapat pada blog JKKK Kampung Masjid Betong ini mengandungi pelbagai makna menerusi warna dan rekabentuk yang terdapat pada blog terbabit.

SRI AMAN, Jumaat (7 Mei) – Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Masjid Betong telah membuka lembaran baru dalam sejarah penubuhan JKKK mereka setelah berjaya mewujudkan blog mereka baru-baru ini.

Ahli Jawatankuasa Biro Teknologi Komunikasi dan Maklumat (ICT) JKKK berkenaan iaitu Saleman Senin ketika dihubungi menjelaskan bahawa blog terbabit ditubuhkan bagi membolehkan orang ramai mengetahui profail Kampung Masjid Baru, Betong selepas ini.

“Pihak Biro ICT JKKK Kampung Masjid Betong mengambil kesempatan ke atas kecanggihan dunia teknologi komunikasi dan internet pada masa sekarang dengan menubuhkan blog ini untuk tatapan semua pengguna internet.

“Justeru diharapkan agar pengguna internet khususnya dari Betong dapat memanfaatkan maklumat yang dipaparkan dalam blog JKKK Kampung Masjid Betong ini mulai sekarang,” menurut beliau.

Selain itu katanya antara maklumat yang dipaparkan dalam blog JKKK Kampung Masjid Betong ini ialah visi dan misi JKKK Kampung Masjid Betong, logo JKKK, maklumat asas kampung, sejarah awal Kampung Masjid dan mukadimah daripada pengerusi JKKK berkenaan iaitu Hajah Rasidah binti Julaihi.

“Menerusi blog ini orang ramai boleh mengetahui tentang visi JKKK Kampung Masjid Betong iaitu mewujudkan pengurusan yang telus, kemajuan yang berterusan dan keamanan yang berpanjangan.

“JKKK kami mempunyai misi utama dalam penubuhannya iaitu mewujudkan kampong yang maju dan membangun seiring dengan kemajuan negara, menjadi sebuah kampong contoh dan berpontensi melahirkan graduan dalam pendidikan, menjadi kampong yang bersih, ceria dan selamat serta mampu bersaing di peringkat global,” menurut.

Blog JKKK Kampung Masjid Betong juga turut memaparkan maklumat secara terperinci mengenai makna yang terdapat pada rekabentuk dan warna yang terdapat pada logo blog berkenaan.

Tamat.

No comments:

Post a Comment