Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

18 May, 2010

JASA Betong anjur sukaneka peringkat kampung melayu Betong 29 Mei ini

Originally written by Saleman Senin

SRI AMAN, Selasa (18 Mei) – Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Betong akan menganjurkan Program Sukaneka peringkat Kampung Melayu Betong pada 29 Mei ini.

Program yang mendapat kerjasama Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ranting Kampung Hilir / Tengah Betong, Kampung Masjid / Passa Betong dan Ranting PBB Kampung Baru Hulu / Hilir Betong ini akan berlangsung di Kompleks Sukan Betong.

“Ia merupakan aktiviti tertutup yang melibatkan tiga pasukan zon iaitu Kuning, Merah dan Biru untuk penduduk dalam kawasan Kampung Melayu di Betong.

“Matlamat utama penganjuran program ini adalah untuk mewujudkan masyarakat bersatu-padu dan harmoni melalui aktiviti sukan, pertemuan serta pergaulan pada program ini nanti,” kata pengerusi jawatankuasa program, Abdul Rahman Ismail ketika dihubungi hari ini.

Pada program itu nanti kata Rahman, pasukan Ranting PBB Kampung Baru Hulu / Hilir Betong akan diletakkan dalam Zon Kuning manakala Ranting PBB Kampung Masjid / Passa Betong dan pasukan Ranting Kampung Hilir / Tengah Betong pula akan diletakkan dalam Zon Merah dan Biru.

Semua pasukan yang mengambil bahagian dalam Program Sukaneka peringkat Kampung Melayu Betong ini nanti menurut Rahman akan menggunakan pakaian mengikut warna zon masing-masing.

“Program ini nanti akan dimeriahkan dengan acara lari dalam guni berganti-ganti, tiup belon sampai pecah, isi air dalam botol menggunakan span, lari bawa bola ping-pong menggunakan sudu, pancing botol, bola sepak lelaki (berkain pelikat), tarik tali lelaki dan wanita, kuit, menganyam ketupat dan membuat kuih asli,” katanya.

Justeru beliau berharap agar semua pihak turun padang untuk sama-sama menjayakan Program Sukaneka peringkat Kampung Melayu Betong pada 29 Mei itu nanti di Kompleks Sukan Betong.

Tamat.

No comments:

Post a Comment