Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

21 May, 2010

Jalan rosak di Pekan Lachau perlu ditampal segera


Caption: PERLU PERHATIAN...Kewujudan lubang jalan di simpang masuk menuju ke Pekan Lachau, Sri Aman menimbulkan bahaya kepada pengguna kenderaan yang sering ke Kuching selama ini.

PANTU, Sabtu (22 Mei) – Pengguna kenderaan memohon jasa baik kerajaan untuk menurap kembali laluan berlubang yang terletak berhampiran kawasan laluan simpang jalan masuk menuju ke Pekan Lachau @ Pasar Keranggas Gayau selepas ini.

Seorang penduduk yang hanya dikenali sebagai Robert, 45, berkata ancaman bahaya timbul terhadap pengguna kenderaan yang bergerak dari arah Sri Aman menuju ke Kuching ekoran kewujudan lubang jalan berkenaan.

“Lubang yang wujud di sisi jalan menuju Kuching berhampiran jalan masuk ke Pekan Lachau terbabit terlalu besar. Diameter bukaannya adalah sepanjang satu meter garis pusat dengan lubang berkenaan dianggarkan sedalam 30 sentimeter.

“Pengguna kenderaan yang kerap melalui Pekan Lachau untuk ke Kuching mungkin tidak akan berani memotong memandangkan mereka tahu mengenai kewujudan lubang berkenaan.

“Bagaimanapun risikonya akan timbul terhadap pengguna kenderaan yang masih baru melalui kawasan simpang jalan masuk ke Pekan Lachau sekiranya mereka mahu ke Kuching selepas ini,” menurut beliau.

Sambil mendakwa kerosakan jalan terbabit sudah lama wujud, pengguna kenderaan yang lain katanya akan mengalami masalah ketika mereka mahu memotong kenderaan hadapan yang mahu memasuki Pekan Lachau selama ini.

“Apa yang paling dibimbangkan ialah kerosakan terhadap kenderaan pengguna yang terlanggar lubang jalan ini ketika mahu memotong. Kita khuatir penunggang motorsikal lebih terdedah kepada bahaya ini berbanding pengguna kereta.

“Justeru kami penduduk di kawasan Lachau, Pantu memohon jasa baik pihak berkuasa tempatan untuk memperbaiki semula kerosakan berkenaan dengan menurap semula lubang terbabit selepas ini,” katanya.

Tamat.

No comments:

Post a Comment