Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

08 May, 2010

Gotong-royong membersihkan tadika kemas kampung tengah Betong




Caption: UNTUK ANAK-ANAK...Para ibubapa murid dan guru ketika membersihkan kawasan Tabika Kemas Kampung Tengah, Betong.

BETONG, Ahad ( 9 Mei ) – Seramai 50 orang penduduk mengambil bahagian dalam aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) Kemas Kampung Tengah, Betong kelmarin.

Aktiviti gotong-rotong berkenaan yang membabitkan ibubapa dan guru para murid Tabika Kemas Kampung Tengah Betong ini adalah merupakan sebahagian daripada takwim tabika tersebut bagi tahun ini.

“Aktiviti gotong-royong kali ini adalah merupakan sesi yang pertama daripada tiga buah sesi gotong-royong yang termaktub dalam takwim aktiviti Tabika Kemas Kampung Tengah Betong.

“Ia bertujuan untuk mewujudkan suasana persekitaran yang sihat bagi sesi pembelajaran anak-anak di tabika ini dari masa ke semasa disamping merapatkan lagi hubungan antara ibubapa dan guru tabika terbabit selepas ini,” kata jurucakap penganjur aktiviti tersebut.

Aktiviti gotong-royong berkenaan menurut beliau telah membabitkan usaha membersihkan kawasan tabika disamping menyusun atur kedudukan pembelajaran murid dalam kelas tabika berkenaan.

“Justeru diharap agar hubungan tali silaturahim antara ibubapa dan guru tabika dapat terus dikekalkan selepas ini. Harapan kita ialah agar anak-anak dapat menerima pembelajaran yang sewajarnya dari sudut keselesaan dan kebersihan tabika,” menurut beliau.

Aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan Tabika Kemas Kampung Tengah Betong ini turut diserikan lagi dengan acara cabutan tiket bertuah untuk semua ibubapa yang melibatkan diri dalam aktiviti ini.

Terdahulu Tabika Kemas Kampung Tengah Betong merupakan salah sebuah tabika yang aktif menyertai pelbagai program bercorak akademik dalam kawasan Betong bagi tahun 2010 ini.

Tabika Kemas Kampung Tengah Betong pernah menyertai Hari Potensi Kanak-kanak Tabika Kemas peringkat Parlimen P.204 yang telah diadakan di Spaoh yang mana wakil murid tabika terbabit memenangi kesemua acara yang disertai mereka termasuklah Tilawah Qari dan Qariah dan Tarian Tradisional.


Mereka juga telah mewakili Parlimen P.204 ke pertandingan di peringkat Zon 3 di Kabong dan muncul johan dalam Tilawah Qari dan Qariah pada pertandingan itu. Tabika Kemas Kampung Tengah Betong akan menjadi wakil Zon 3 ke pertandingan peringkat negeri di Kuching selepas ini.

Tamat.

No comments:

Post a Comment