Arkib News Utusan Sarawak Sri Aman

Blog ini merupakan arkib berita Utusan Sarawak cawangan Sri Aman. Mail kepada penulis ke ceritasriaman@gmail.com untuk siaran berita secara percuma. Thank u boss. Blog terbaru sekarang ialah www.newsriamannews.blogspot.com.

23 May, 2010

Elisabeth juara Pekit Kumang Gawai 2010 SIDS Sri Aman




Caption: ANGGUN...Elisabeth (duduk tengah) sambil diapit oleh Rosella (kiri) dan Elizebert (kanan) sebaik sahaja diumumkan sebagai juara Pekit Kumang 2010 malam tadi.

SRI AMAN, Ahad (23 Mei) – Tuah menyebelahi seorang kerani dalam bandar Sri Aman apabila beliau dinobatkan sebagai Juara Pekit Kumang Gawai Dayak 2010 anjuran Sarakup Indu Dayak Sarawak (SIDS) cawangan Sri Aman di Dewan Suarah Sri Aman malam tadi.

Pertandingan (Pekit) Kumang Gawai Dayak yang diadakan bersempena dengan Majlis Makan Malam Gawai Dayak 2010 menyaksikan Elisabeth Bedai anak Bill, 22, dari Taman Nanang, Sri Aman muncul juara bagi pertandingan terbabit.

Kemenangan ini membolehkan beliau membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM800, piala kejuaraan, Selampai Kumang, sijil dan Bunga Jari hasil tajaan syarikat Pembinaan Rosben.

Naib juara Pekit Kumang Gawai Dayak 2010 ini pula dimenangi oleh Rosella anak Anthony, 25, dari kawasan penempatan Jalan Bayu yang memperoleh hadiah wang tunai bernilai RM700, piala, Bungai Jari dan sijil pada pertandingan itu hasil tajaan SIDS cawangan Sri Aman.

Kedudukan tempat ketiga untuk Pekit Kumang Gawai Dayak 2010 telah dimenangi oleh Elizebert Eona anak Jaraw, 23, pelajar institusi Cosmopoint Kuching yang memperoleh hadiah berupa wang tunai bernilai RM600, Bunga Jari, sijil dan piala pada pertandingan berkenaan.

Lima orang lagi peserta yang memperoleh hadiah saguhati berupa wang tunai bernilai RM200 dan piala bagi Pekit Kumang Gawai Dayak 2010 ini ialah Marilyn Malaya Jackaria, Noreen anak Lachin, Shirley anak Churcill, Debra anak Stel dan Rachael anak Donny Steven.

Pekit Kumang Gawai Dayak 2010 yang diadili oleh Susan Abunawas, Joseph Junting Resa dan Kuso Jantang ini telah disaksikan oleh 800 orang hadirin yang hadir sama bagi memeriahkan suasana sambutan Majlis Makan Malam Gawai Dayak 2010 terbabit.

Hadir sama ialah Menteri Muda Kemajuan Tanah, Datuk Francis Harden Hollis, Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat, Timbalan Residen Sri Aman, Desmond Douglas Jerukan, Penasihat SIDS cawangan Sri Aman, Dora Landong, Pengerusi SIDS cawangan Sri Aman, Roselyn Abunawas, para pegawai kerajaan dan penduduk dalam bandar ini.

Majlis Makan Malam Gawai Dayak 2010 yang bertemakan Besarakup Nuju 1Malaysia ini telah diserikan lagi dengan majlis penyampaian wang insentif pendidikan, persembahan kebudayaan dan persembahan nyanyian karaoke.

Tamat.



No comments:

Post a Comment